Friday, March 11, 2022

Dear MySelf dari Muzium Kesenian Islam Malaysia

"Puan pengumpul poskad juga ke? Ramai betul yang datang ke sini membeli poskad sekarang ni..."

Tergelak Kak Ida bila mendengarnya. Memang ramai sahabat sehobi Kak Ida yang datang.

"Ada yang berbelanja sampai seratus lebih hari itu. Beli poskad sahaja."

Nah, terus rambang mata melihat deretan poskad yang berharga RM 2. Laju tangan ini menyambar poskad yang tersangkut cantik.

"Puan sudah dapat complimentary poskad di kaunter?" tanya staf disitu.

"Dapat. Dua keping. Pakej beli setem sekali untuk pos di depan pintu masuk muzium nanti."


"Tunggu sekejap ya puan."

....

Kak Ida ditegur dari belakang oleh seseorang.

"Puan pengumpul poskad ya?"

"Tidaklah kumpul. Tetapi saya suka mengirim poskad pada sahabat sehobi."

"Nah, ini ada 10 keping complimentary poskad saya berikan pada puan. Design yang lain-lain. Harap puan suka."

Semestinya Kak Ida suka.


"Itu bos saya puan." bisik staf disitu pada Kak Ida sementara menanti resit di print.

Begitulah, done SASE poskad untuk "Dear MySelf".



p/s: Rasa terkilan pula bila tengok poskad di kotak ReUSE di luar muzium.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my