Thursday, March 31, 2022

Kursus Least Square Adjustment

Alhamdulillah,

Hari terakhir kami berkursus Least Square Adjustment UK04/22 di INSTUN.

Menariknya kursus kali ini, kami didedahkan dengan hands-on activity dengan menggunakan StartNet6.

Kak Ida juga dilantik menjadi emce

Di hari terakhir, kami mengambil gambar bersama pihak urusetia dan juga para penceramah untuk kenang-kenangan.

Pelbagai gaya dan gelagat bagi memastikan gambar dalam keadaan terbaik. Hehehe...

Memang happening.

Di kesempatan ini, terima kasih Kak Ida ucapkan kepada pihak urusetia atas penganjuran kursus ini. Sangat bermanfaat terutama perkongsian dua hala.



Tuesday, March 29, 2022

JJCM | Sarang Art Hub Mamat Khalid

Perut sudah berkeroncong.

Kami memilih Sarang Art Hub untuk menikmati makan malam.

Memang sesuai dengan jiwa Kak Ida bila melihat ID disini.



Berbeza di kedai lain, meja makan dinamakan dengan nama-nama artis terkenal seperti P. Ramlee.



Kak Ida memilih nasi goreng ikan masin dan jus tembikai. Ini adalah menu recommended dari Kak Ida. Memang sedap rasanya.


Selepas makan, Kak Ida mengambil kesempatan untuk snap beberapa keping gambar di kawasan sekitar.


Dear Myself | Pejabat Pos Tanjung Malim

Alhamdulillah,

Untuk misi kali "Dear MySelf", Kak Ida berkesempatan untuk singgah ke Pejabat Pos Tanjung Malim yang terletak berhampiran dengan stesen KTM.

Tidak mahu melepaskan peluang bergambar kenangan di KM0.

Terima kasih Syira tolong ambilkan gambar Kak Ida disini.


Sempat grab postcard apa yang ada di dalam simpanan. Besar harapan dapat postmark yang cantik-cantik dari Tanjung Malim sebagai kenang-kenangan.


Ok, selesai sudah antara "list to do" Kak Ida di Tanjung Malim. Perut sudah terasa lapar, ada satu tempat "wajib pergi" di sini.

Jom, follow...

Tempat menarik di Tanjung Malim | Street Art Tanjung Malim

Destinasi seterusnya adalah ke Street Art Tanjung Malim.

Kami menyusuri dereten kedai lama di Jalan Douglas, Tanjung Malim. Menariknya, banyak bangunan lama disini yang dibina sebelum merdeka.

Ala-ala pelancong bila berada disini. Hehehe...

Sesuai untuk sesi fotografi dan selfiegrafi.







Street Art ini merupakan lukisan mural yang dilukis di dinding. Setakat ini, Kak Ida pernah jejakkan kaki ke Street Art di Mersing, Kluang, Kelantan dan Penang.



Alhamdulillah, bergambar kenang-kenangan membawa team ke sini. Memang best dan macam-macam gaya ada. Ayuh, ikut Kak Ida ke destinasi "Dear MySelf!"

JJCM | Recco Coffee Tanjung Malim

Hari pertama berkursus di INSTUN.


Alhamdulillah, selesai pada jam 4.30 petang. Petang ini Kak Ida sudah mulakan misi Apa yang menarik di Tanjung Malim?

Sebelum itu, Kak Ida perlu mengisi minyak terlebih dahulu. Jadi, sempat bagi peluang kepada mereka untuk memilih tempat untuk minum petang.

Gituw.

Setelah berbincang, check point pertama adalah di Recco Coffee.


Masuk di cafe ini, mata Kak Ida tertarik dengan ID yang ringkas. Teringat ketika Kak Ida berada di Penang. Hehehe...


Setelah seharian, reward diri dengan menikmati secawan kopi latte. Sejujurnya, kopi disini sedap. Kena dengan selera Kak Ida.


Bagi mengalas perut, kami juga memilih nugget ayam sebelum ke destinasi seterusnya.


Alhamdulillah, harga di cafe ini berpatutan.

Ok, jom ke destinasi seterusnya. Jadual petang ini penuh dengan misi menjelajah Tanjung Malim.

Monday, March 28, 2022

Pengalaman berkursus di INSTUN

Sudah lama tidak jejakkan kaki ke INSTUN. Hampir 8 tahun rasanya. Boleh juga diibaratkan seperti sirih pulang ke ganggang. Gituw!

Kak Ida bertolak dari Johor selepas menyantuni Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Johor dan juga Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor. Memang padat.

Selepas solat Zohor, kami mula memulakan perjalanan.

Perjalanan yang memakan masa hampir tujuh jam ini, akhirnya Kak Ida dan office mate selamat sampai di INSTUN pada jam 8.30 malam.

Itupun, kami hanya berhenti sekali di Jejantas Ayer Keroh untuk makan tengahari dan solat Asar.


Akhirnya kami sampai di INSTUN.


Kami membuat keputusan untuk check in terlebih dahulu sebelum makan malam. Pertama kali menggunakan kiosk untuk check in di Asrama B.



Alhamdulillah, selesa sungguh bilik di INSTUN. Memandangkan masih perlu menjaga SOP, kami mendapat satu bilik untuk seorang.

Jom, kita tengok room tour di INSTUN.





Dalam bilik ini, turut diberikan sehelai tuala dan juga sebotol syampu dan sabun mandi. Ada juga iron dan board, kettle, cawan dan peti ais mini.

Memang cukup-cukup selesa.

Setelah semua barang siap disusun, akhirnya kami membuat keputusan untuk makan malam di Dom Cafe yang terletak di simpang masuk INSTUN.


Menu pilihan Kak Ida adalah tomyam putih seafood, telur dadar dan nasi putih.

Ok, perut sudah kenyang. Sekarang masa untuk berehat pula. Esok hari pertama kami akan mula berkursus.

Alhamdulillah.

Sunday, March 27, 2022

Katalog setem

"Nak lock la tu..." tegur si dia.

Tersengih sahajalah bila si dia ternampak Kak Ida mengambil katalog setem di meja. Konon taknak menyusahkan si dia.


Tetapi itulah, sejenis tidak sabar nak membelek katalog... akhirnya mesti si dia tersangkut sama kerana pengakhirannya...

"Ni ada ke bang?"

"Ini?"

"Macam takde kan bang..."

Ini kerana, si dia boleh mengingat koleksi setem yang sudah ada di tangan berbanding Kak Ida.

Kah! Ada kerja mudah, kenapa perlu susah kan?

What a hectic day...

Salam bloggers,

What a day! #LapPeluh.

Sebelum itu, sedekahkan Al Fatihah buat sahabat Kak Ida, Allahyarham Ibrahim bin Sulaiman yang telah pergi ke negeri Abadi malam tadi. Semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA.

Pagi ini, Kak Ida menyantuni majlis tahlil anjuran Zon Pulau Aur. Majlis ini merupakan majlis tahunan sebelum kita menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Sayu rasa hati bila Tuan Haji Sabiq memimpin majlis terutama bila beliau menyebut satu-satu nama Allahyarham dan Allahyarhamah.


Selepas majlis, kami dijamukan soto air tangan Kak Jun. Kak Ida ditugaskan untuk membawa kacang goreng, mee kuning dan daun sup. Memang meriah jadinya bila masing-masing membawa pot luck sebagai tambahan menu. Thank you guys!

Selepas makan, kami bermesyuarat semula pada jam 10.00 pagi bagi membincangkan program bagi bulan April dan Mei sebelum Kak Ida bergegas untuk menyantuni satu lagi Mesyuarat Agung PUSPANITA JUPEM Johor kali ke-14.


Selepas pendaftaran, sementara menantikan kehadiran para tetamu, kita ambil sekeping gambar sebagai kenang-kenangan. Hehehe...


... nah, akhirnya terpilih juga! Kah...

Kali ini "naik pangkat" memegang jawatan Ahli Jawatankuasa. Penggal yang lepas, Kak Ida sebagai Pemeriksa Kira-kira.

Terima kasih atas kepercayaan ahli. Well said, kita buat sahaja yang termampu.


Barisan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA yang baru.



Petangnya, menyantuni Sambutan Hari Jadi bagi bulan Januari sehingga Mac. Memang happening.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang dirancang untuk hari ini. Sederhana tetapi meriah.

Thank you, guys!


Wednesday, March 23, 2022

Joho GlamNature Family

Alhamdulillah,

Dari Bandar Baru Uda kemudian ke Plentong, berpatah balik ke Tampoi dan ke Bandar Selesa Jaya.

Dalam perjalanan ke rumah manis, nampak pula Pasar Tani di Skudai Indah.

"Singgah jap bang... Nak tengok apa yang ada untuk petang ini."

Syukur, terjumpa tapai pulut untuk buah tangan. Nak buat popcorn, memang tidak sempat. Janji berjumpa selepas Asar. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 5.30 petang. Berhuhuhu ajelah.

Akhirnya, dalam jam 6.10 petang Kak Ida sampai.



Dapat juga kita berkumpul walaupun picnic di tepi rumah. Allahu, rindu betul dengan mereka semua.

Pakej siap kira, kalau pacak khemah, berapa yang muat!

Semestinya ada Kopi Peh'likat dari air tangan Muhammad Ashaabul Yamin . Sempat merasa "cold brew" dari suami Nurul Jannah . Hehehe...





Mujur duduk sebelah taman dah sampai dari yang duduk dua lorong, lagi lambat sampainya. Nasib... nasib...

Terima kasih tuan rumah.

Jumpa lagi kesayangan

Quote #75

"The purpose of art is washing the dust of daily life off our scouts."

Tuesday, March 22, 2022

Menjelang Ramadan

Alhamdulillah,

Misi mengemas menjelang Ramadan sudah bermula. Untuk permulaan, Kak Ida akan mengemas peti ais terlebih dahulu.

First of thing, Kak Ida perlu mengeluarkan semua barang (read; khazanah) di dalam peti ais. Asingkan mana yang belum tarikh luput, menukar tisu di dalam bekas sayur, menyusun atur semula barang yang ada di dalam bekas dan lain-lain lagi.

Sepatutnya, misi mengemas peti ais mesti perlu dibuat dalam tempoh dua minggu sekali. Bergantung juga kepada "heavy"nya penghuni rumah menggunakan peti ais terutama kepada mereka yang menyimpan leftovers.

Kadang-kadang terlupa kita ada menyimpan lebihan makanan. Pastinya ada yang sudah bercendawan.

Second thing, Kak Ida akan membasuh dan mengeluarkan partial yang ada. Sental menggunakan span dan sabun terutama makanan yang tertumpah dan telah melekat. 

Bertabahlah ibu.

Third things is mengelap di dalam peti ais dengan menggunakan kain yang lembap terutama di sisi-sisi peti ais. 

... dan akhirnya, mengemas dan menyusun atur semula barang ke dalam peti ais.

Alhamdulillah, selesai dan terapi mata bila melihat peti sejuk kembali tersusun. 


Ok, sambung esok pula. Tata!


Sunday, March 20, 2022

Menarik di Galeri Jalen di Bandar Dato Onn, Johor Bahru

Tugasan hari ini adalah untuk membeli cenderahati untuk Mesyuarat Agung KSKJUJH yang akan berlangsung pada 28 Mac nanti.

Seperti perbincangan mesyuarat AJK, Kak Ida ke Galeri Jalen yang terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Pertama kali Kak Ida jejakkan kaki ke sini. Memang megah sebotol kicap Jalen menyambut kedatangan kami bertiga.

Alhamdulillah, staf di galeri ini mesra menyantuni pertanyaan kami.


Ruang menunggu di Galeri Jalen.

Di satu ruang memisahkan ruang menunggu ke stor, terdapat galeri yang memaparkan timeline kilang Jalen ditubuhkan di dinding. Cukup menarik.

Manakala di satu sudut ini pula menempatkan plaque yang merasmikan kedai disini. Susun atur di bilik ini bergayakan korporat. Cukup kemas.

Alhamdulillah, akhirnya kami sepakat membuat keputusan untuk membeli cenderahati disini. 

Ok, harga untuk sekotak (yang muat untuk sebotol kicap Lemak Manis Jalen) berharga RM 2.00 sebotol. Tanpa kotak pula, sebotol harga kicap jatuh pada harga RM 1.50 sebotol.

Satu karton mempunyai 40 unit botol.

Harga yang sangat affordable. 

Terima kasih staf di Galeri Jalen sopan menyantuni kami. Insya Allah, salah satu tempat yang boleh "dituju" lagi.


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my