Saturday, November 16, 2024

Homeschooling | Taman Awam Tanjung Balau

Destinasi ketiga.

Cuaca di Pengerang tidak menyebelahi kami. Hujan renyai dan kadang-kala lebat.

Tengok di Google Maps, Muzium Nelayan ditutup pada waktu rehat tengahari. Jadi, Kak Ida ambil keputusan untuk terus ke Taman Awam Tanjung Balau.


Tiket parking sekali masuk adalah RM 3.00. Alhamdulillah, kawasan ini cukup terjaga di bawah seliaan KEJORA. Cukup kemudahan asas disini seperti tandas, kawasan tempat rehat, gerai dan lain-lain. Si dia bercadang untuk menikmati makan tengahari disini.



Anak merengek untuk mandi laut, tetapi itulah cuaca memang tidak mengizinkan. Tidak mahu menghampakan anak, si dia beri kebenaran untuk bermain di gigi air mengutip cengkerang dan baby crab.



Bangga Ammar berjaya menangkap seekor baby crab. Hehehe


Nampak? megah bendera merah ini berkibar menandakan waktu ini tidak sesuai untuk bermandi-manda. Insya Allah, ada rezeki kita ke sini lagi ok? 

Jom, kita ke destinasi seterusnya. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my