Saturday, November 16, 2024

Homeschooling | Muzium Nelayan Tanjung Balau

Destinasi keempat: Muzium Nelayan

Tidak jauh dari Taman Awam Tanjung Balau. Kak Ida sampai awal dalam jam 1.40 petang. Sementara menantikan kaunter dibuka, ambil kesempatan mengambil gambar di sekeliling muzium.






Nah, tiket masuk dewasa adalah RM 5.00 manakala kanak-kanak adalah RM 2.00. Affordable sangat kan?

Sejujurnya, Kak Ida ingatkan muzium ni kecil. rupa-rupanya ada empat galeri disini.
- Muzium Nelayan
- Galeri Geologi
- Galeri Kapal Karam Desaru
- Galeri Kapal dan Keselamatan Laut

Jom kita tengok...


Muzium Nelayan Tanjung Balau ini adalah satu-satunya muzium pertama di Asia yang memaparkan kehidupan dan warisan seorang nelayan tradisional di Malaysia. Muzium ini telah dibuka pada tahun 1992 yang mempamerkan alat tangkapan tradisional dan sejarah perikanan di Malaysia.










Seterusnya, kita ke Galeri Geologi. Terdapat lebih dari 200 jenis batu-batuan dalam galeri ini. Batu-batuan ini diperolehi daripada kawasan sekitar Tanjung Balau dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti batu kapur, batu kristal dan lain-lain lagi.

















Selepas ke Galeri Geologi, kita ke Galeri Kapal Karam Desaru. Galeri ini menempatkan pelbagai artifak seperti tempayan, pinggan, mangkuk, sudu dan tembikar dari Negara China.

Ia diperolehi daripada tragedi Kapal Karam Desaru yang karam di perairan Desaru pada tahun 1840an. Kapal karam ini dinamakan Desaru bersempena dengan tempat di mana kapal karam ini ditemui iaitu di Pantai Desaru.





... dan akhir sekali, galeri kapal dan keselamatan laut. Galeri ini menempatkan replika bot dan kapal nelayan moden serta bot persiaran mewah dan alat komunikasi yang digunakan oleh nelayan moden. Selain itu, terdapat model rumah api yang merupakan salah satu keperluan bagi ahli pelayaran atau jurumudi belayar dengan selamat. 

Selain itu, kita boleh mempelajari dan menambah pengetahuan tentang alat-alat komunikasi dan keselamatan oleh nelayan semasa berada di laut jika berlakunya kecemasan.








Insya Allah, menurut sumber ada pertambahan galeri lagi pada masa akan datang.

Disini, sempat beli sekeping fridge magnet untuk jurnal Kak Ida.

Jom anak, kita sambung semula aktiviti petang di Perpustakaan Awam Bandar Penawar.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my