Allah sebaik-baik perancang dan mengizinkan trip ini.
Trip kali ini ke Pengerang bagi menyantuni aktiviti yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Bandar Penawar. Alang-alang ke sana, Kak Ida menyusun jadual supaya "berbaloi".
Kami sampai ke Perpustakaan lebih kurang jam 10.30 pagi. Ini merupakan lawatan perpustakaan ke lapan kami. Aktiviti pertama adalah DIY House from an ice cream stick.
Sebenarnya, kami tiada idea. Hanya berpandukan video dari YouTube dan tidak menjadi seperti yang diharapkan. Ada sahaja yang tidak kena. Hehehe...
Mujur anak-anak tidak berputus asa. Tetaplah menyusun ice cream sticks.
Ammar bantu buatkan tingkap dari sticker.
Alhamdulillah, akhirnya anak-anak come out dengan idea "rumah kelong".
Biru itu air. Ada kerusi untuk memancing. Not bad at all. Hehehe
Aktiviti pertama ini selesai pada pukul 12.00 tengahari.
Aktiviti pertama ini selesai pada pukul 12.00 tengahari.
Bergambar kenang-kenangan.
Terima kasih Perpustakaan Awam Bandar Penawar. Ok anak-anak, ayuh kita ke destinasi kedua sebelum menyambung aktiviti kedua petang nanti.
No comments:
Post a Comment