Saturday, November 16, 2024

Homeschooling | Art Street Pengerang

Tidak lengkap jika kita ke Pengerang tidak bergambar kenang-kenangan di Pengerang Art Street. Terdapat hasil karya artis lukisan mural yang boleh menarik perhatian pengunjung untuk ke Pengerang.







"Ibu, ada gambar peti pos!"

Kah. Nasib baik tiada orang kiri kanan. Kalau tak, nampak sangat macam tak pernah jumpa peti pos. Hehehe...

Kak Ida tak lepaskan peluang ambil gambar kenangan.

Done roadschooling ke Pengerang. Alhamdulillah. Ayuh pulang ke sarang

Sejujurnya, ini adalah lukisan mural kegemaran Kak Ida.

Homeschooling | Muzium Nelayan Tanjung Balau

Destinasi keempat: Muzium Nelayan

Tidak jauh dari Taman Awam Tanjung Balau. Kak Ida sampai awal dalam jam 1.40 petang. Sementara menantikan kaunter dibuka, ambil kesempatan mengambil gambar di sekeliling muzium.






Nah, tiket masuk dewasa adalah RM 5.00 manakala kanak-kanak adalah RM 2.00. Affordable sangat kan?

Sejujurnya, Kak Ida ingatkan muzium ni kecil. rupa-rupanya ada empat galeri disini.
- Muzium Nelayan
- Galeri Geologi
- Galeri Kapal Karam Desaru
- Galeri Kapal dan Keselamatan Laut

Jom kita tengok...


Muzium Nelayan Tanjung Balau ini adalah satu-satunya muzium pertama di Asia yang memaparkan kehidupan dan warisan seorang nelayan tradisional di Malaysia. Muzium ini telah dibuka pada tahun 1992 yang mempamerkan alat tangkapan tradisional dan sejarah perikanan di Malaysia.










Seterusnya, kita ke Galeri Geologi. Terdapat lebih dari 200 jenis batu-batuan dalam galeri ini. Batu-batuan ini diperolehi daripada kawasan sekitar Tanjung Balau dan beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti batu kapur, batu kristal dan lain-lain lagi.

















Selepas ke Galeri Geologi, kita ke Galeri Kapal Karam Desaru. Galeri ini menempatkan pelbagai artifak seperti tempayan, pinggan, mangkuk, sudu dan tembikar dari Negara China.

Ia diperolehi daripada tragedi Kapal Karam Desaru yang karam di perairan Desaru pada tahun 1840an. Kapal karam ini dinamakan Desaru bersempena dengan tempat di mana kapal karam ini ditemui iaitu di Pantai Desaru.





... dan akhir sekali, galeri kapal dan keselamatan laut. Galeri ini menempatkan replika bot dan kapal nelayan moden serta bot persiaran mewah dan alat komunikasi yang digunakan oleh nelayan moden. Selain itu, terdapat model rumah api yang merupakan salah satu keperluan bagi ahli pelayaran atau jurumudi belayar dengan selamat. 

Selain itu, kita boleh mempelajari dan menambah pengetahuan tentang alat-alat komunikasi dan keselamatan oleh nelayan semasa berada di laut jika berlakunya kecemasan.








Insya Allah, menurut sumber ada pertambahan galeri lagi pada masa akan datang.

Disini, sempat beli sekeping fridge magnet untuk jurnal Kak Ida.

Jom anak, kita sambung semula aktiviti petang di Perpustakaan Awam Bandar Penawar.

Homeschooling | Tapak Geologi Tanjung Balau

Alhamdulillah, destinasi seterusnya adalah Tapak Geologi di Tanjung Balau. Tapak Geologi Tanjung Balau (merangkumi Tanjung Lompat, Tanjung Siang) dan Tanjung Batu Layar.


Tapak Geologi ini dibuka pada Tahun 2023. Disini tersimpan khazanah struktur geologi seperti:

Menurut sumber, batu metasedimen berusia jutaan tahun yang berperanan merakamkan sejarah tektonik Semenanjung Malaysia. Batuan ini terdiri daripada metakuarzit, filit dan sabak serta berusia Perm-Karbon (300 juta tahun) yang merekodkan sekurang-kurangnya tiga fasa canggaan dalam bentuk pelbagai jenis struktur yang rencam.


Disini, turut disediakan ruang rehat untuk mengambil angin laut. Kak Ida membuat keputusan untuk menikmati bekal ayam masak santan dan nasi putih disini.

Semua cukup berselera menikmati bekal yang dibawa. Alhamdulillah.




Seluas mata memandang.




Tidak mahu lepaskan peluang bergambar kenang-kenangan.




Walaupun hujan turun, tidak mematahkan semangat kami untuk melawat tempat geologi ini.

 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my