Friday, December 29, 2023

Pengalaman ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Taman Universiti

Salam cuti sekolah.

Memandangkan masih lagi musim cuti persekolahan, tagline haruslah begitu. Hehehe..

Ok, kemana kita hari ini?

Petang tadi Kak Ida bercadang untuk membawa anak-anak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Cawangan Taman Universiti. Perpustakaan ini terletak betul-betul bertentangan dengan Klinik Kesihatan Taman Universiti.

Kalau rasa was-was, waze kan aje. Hehehe...

Parking disediakan di kawasan perpustakaan. Insya-Allah, jika tidak ramai orang, memang tapak parking mencukupi untuk pelawat.

Ok, ini kali pertama Kak Ida ke sini. Dan ianya cukup membuatkan Kak Ida terasa wow! 

Perpustakaan ini dilengkapi dengan tempat permainan "indoor".



Sudut membaca "read aloud".



Ruang membaca majalah disediakan disini.


Buku baru.


Sejujurnya, Kak Ida suka menghabiskan masa disini. Banyak buku ketika zaman kecil Kak Ida ada disini seperti buku siri penyiasatan dan Sekolah Tengku Ashikin...

Mengimbau betul!


Sudut peminjaman buku.


Nah, ini waktu lawatan ke perpustakaan. Perpuspatakaan ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat TUTUP ya. Jika ada rezeki, ada aktiviti pada hari Sabtu yang anak-anak boleh join.

Menarik kan?

Ok, jangan lupa singgah ya!

 

Wednesday, December 27, 2023

Dividen ASB berakhir 31 Disember 2023

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.


Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023.

Satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.

Urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024, membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.
Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.

Kenyataan akhbar

Tuesday, December 26, 2023

Festival Kraf Johor 2023

Selepas menyantuni mama, Kak Ida membawa anak-anak ke Festival Kraf Johor yang terletak di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Festival ini telah bermula pada 20 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024.


Pelbagai acara menarik berlangsung seperti pameran seni, aktiviti anak-anak seperti membuat keychain, membuat gelang dan lain-lain.




Ruang pameran diletakkan di tengah-tengah festival.


Pengalaman anak-anak bermain congkak.

Di ruangan belakang, ada program pengembangan ilmu iaitu interaktif kraf. Disini anak-anak meluangkan masa membuat keychain dan gelang menggunakan nylon cord yang diberikan.





Alhamdulillah, anak-anak dapat belajar sesuatu disini dengan hasil kraf.




Ammar belajar menyurih corak di atas tembaga.


Hasil surihan.


Terima kasih Tourism Johor.

Sahabat Kak Ida yang berada di Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah dan mencuba kraf disini ya.

Monday, December 25, 2023

Pengalaman ke Mamee Jonker House Melaka

Selepas makan tengahari si dia bertanya,

"Nak kemana lepas ni?"

Wah, bagai pucuk dicita ulam mendatang. Terus Kak Ida bagitahu nak ke Jonker Walk!

Nyaris batalkan hasrat sebab jalan sesak di bandar. Allah permudahkan. Kak Ida parking agak jauh dahn perlu berjalan kaki. Pergh, harga parking RM 10.00 ok! Memang cekik darah. Huhu...

Kak Ida minta Aisyah tengok Google Maps untuk berjalan kaki ke sana. Memang kus semangat! Ramainya umat...


Satu cup Mamee RM 15.00. Dari depan, kita sudah boleh memilih beberapa perisa mamee iaitu kari laksa, sup ayam serta tomyam.


Kami spend masa untuk mewarna. Sambil tengah ralit mewarna Intanmaria Ahmad datang menegur! Lagi riuh kami berborak. Hahaha... terapi weh.



"Ibu ni, kat mana-mana ada aje kawan ibu..." tegur Aisyah. Ibu mampu tersengih ajelah.
Paling penting musuh jangan dicari. Kan?






Kemudian, kita ke stesen seterusnya untuk letakkan cup pada mee sebelum memilih bahan-bahan yang ingin dimasukkan ke dapat cup. Ada cendawan, jagung, cili, kubis dan bawang.





Selesai semuanya, kami membuat keputusan untuk bergerak ke rumah manis.

Tapi itulah, sebelum pulang...

"Bang, boleh singgah tak nak beli kuih keria?"

Dah namanya jalan-jalan cari makan. Hehehe...

Jumpa lagi!

Pengalaman staycation di Junika Bayou Lagoon

Terima kasih Junika Bayou Lagoon.

Kali kedua Junedi Kamari uruskan penginapan Kak Ida di Melaka. Memang terbaik.

Alhamdulillah, dapat bilik menghadap taman tema membuatkan anak-anak tidak sabar untuk mandi! Memang puas hati sebab dalam masa yang sama Kak Ida boleh memantau anak dari atas. Hahaha..








Pemandangan atas bilik.


Insya Allah, ada rezeki boleh repeat lagi.

Saturday, December 23, 2023

Pengalaman melihat pencawang elektrik

Pertama kali melihat pencawang elektrik dari dekat. Gara-gara membantu rakan sekelas membuat tugasan bagi subjek GIS.

Kak Ida kongsikan sekitar pemandangan yang ada dan dalam sejarah, perjalanan masuk ke tempat ini cukup mengujakan Kak Ida.







Terima kasih tidak lupakan Kak Ida menikmati pengalaman ini. 

Tuesday, December 19, 2023

Karnival Wisma Persekutuan Johor Bahru 2023

Karnival Wisma Persekutuan akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember 2023 bertempat di Perkarangan Wisma Persekutuan Johor Bahru.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan pergigian, kaunseling kesihatan, kempen derma darah, aktiviti jualan food truck dan pelbagai vendor serta jualan rahmah.

Jemput mereka yang berkelapangan untuk hadir.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my