"Jom bang, kita ke Wetland Studios nak? Tempat ni kat Putrajaya."
Menariknya Wetland Studios adalah ia merupakan taman animasi milik KRU Studios yang bertemakan Taman Edupelancongan yang terletak di Wetland Putrajaya dan baru dibuka pada 26.05.2023 yang lalu.
Bila si dia menyatakan persetujuan, Kak Ida terus buat research tentang harga tiket, cara hendak ke sana serta apa lagi yang menarik dan lain-lain.
Tiket boleh dibeli di pintu masuk. Harga tiket seperti gambar dibawah. Terima kasih tidak mengabaikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Mujur kami menangguhkan hasrat untuk pergi pada hujung minggu. Atas saranan adik Kak Ida, lebih baik pergi pada waktu weekdays dimana orang kota sedang bekerja.
Masuk sahaja ke Wetland Studios, anak-anak sudah menjerit suka. Memang mengagumkan melihat lampu dan hiasan yang bertemakan animasi ini.
Terdapat beberapa seksyen di dalam bangunan animasi ini. Antaranya serangga (Insectopa), dinasour, dan lain-lain. Sudah namanya studio animasi kan, pertama kali Kak Ida nampak pokok boleh bercakap dengan kita. Kak Ida tengok pun kagum. Hehehe....
Selesai ke ruangan ini, kita ke ruangan Dinasour pula.
Seterusnya, kami ke Jungle Jive. Binatang-binatang hutan seperti gajah, harimau, buaya dan lain-lain ada disini. "Jinak" betul.
Disini anak-anak boleh mewarna dinasour. Hasil mewarna, akan dipaparkan diskrin. Memang menarik.
Sejujurnya, jika orang tanya berbaloi atau tidak untuk datang ke sini, pendapat peribadi Kak Ida tetaplah berbaloi terutama anak-anak yang minat dengan dunia animasi.
Kemudian, kita boleh jalan-jalan di sekitar Taman Putrajaya ini.
No comments:
Post a Comment