Friday, May 26, 2023

Homeschooling | Balai Seni Negara

 Memang mengagumkan hasil seni disini.

Bukan anak sahaja yang belajar, tetapi dengan Kak Ida sekali banyak belajar perkara baru terutama sejarah di Melaka.

Perancangan asal, Kak Ida mahu ke tempat lain selepas Roadschooling | Taman Rama rama Kuala Lumpur

Tetapi, terdapat kengkangan dari parking kereta. Puas kami terpusing-pusing tetapi banyak yang ditutup atau tidak dibuka untuk public.

Mujur Kak Ida ada back-up plan. Laju roda kereta bergerak ke Balai Seni Negara yang memakan masa sembilan minit sahaja.
 
Nah, Kak Ida kongsikan dan simpan kenangan disini.

Masuk ke galeri ini adalah PERCUMA.



Rumah No 41 Chow Kit.


Sebelum masuk ke galeri, kita perlu self registration dengan scan QR Code yang diletakkan di pintu masuk. Sementara menantikan si dia mengisi dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan, Kak Ida mengambil kesempatan untuk meninjau seni disana.


Kali ini, Galeri Seni Negara bertemakan "Nusa".




Wah, melihat seni lukisan ini, Kak Ida terus teringat soalan exam berkaitan "struktur bertetulang" dalam subjek Teknologi Bangunan. Hahaha... 


Ruang menunggu.


Satu lagi seni yang menarik perhatian Kak Ida adalah, Lukisan "Fall Back In Love" ini dari Sir Chang Yoong Chia, disusun (kolaj) menggunakan medium setem.
 
Pertama kali Kak Ida melihat lukisan seperti ini. Subhanallah.




Mana tahu, mungkin selepas ini Kak Ida boleh buat aktiviti kolaj dari setem pula. Hehehe...

Ada empat (4) aras di Galeri ini. Memang puas berjalan. Tidak cukup satu jam untuk membelek hasil seni kreatif yang ada disini lebih-lebih ada sudut tayangan interaktif berkaitan "Enrique De Malacca." 




Psst, bila ke sini, jangan lupa singgah Cafe Sejiwa Titiwangsa ya. Kak Ida akan kongsikan di posting seterusnya.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my