Monday, May 29, 2023

Kembara ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL2023)

Kembara PABKL datang lagi. Kali ini Kak Ida datang berdua sahaja dengan si dia. Ya, Kak Ida sengaja datang pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan kerana pada waktu itu, warga kota sedang bekerja.

Selepas solat Asar, roda kereta laju bergerak ke LRT Stesen Setiawangsa. Kami tidak mahu mengambil risiko untuk memandu ke sana. Tambang LRT dari Stesen Setiawangsa ke LRT Masjid Jamek hanya RM 2.00 seorang.  Lagi murah dan berbaloi kan?



Pemandangan Kuala Lumpur pada waktu petang.


Bila kami sampai di Masjid Jamek, kami berdua perlu menaiki bas untuk transit ke Stesen Bandaraya. Transit bas ini ditawarkan PERCUMA. Cuma disini memakan masa yang agak lama kerana bas akan menunggu orang lain untuk sama-sama naik. 


Sejujurnya, kita perlu fit untuk ke PWTC. Kita perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke PWTC. Memang tidak banyak gambar yang Kak Ida ambil. Fokus berjalan. Gituw!


Mujur Kak Ida sudah siap-siapkan reruai mana yang perlu dituju. Tidak mahu membuang masa kerana PABKL akan ditutup jam 10.00 malam.



Buku anekdot "JUMPA" ada di reruai SHE 3155 dan 3156. 



Dapatkan tau sehingga 4 Jun 2023. Jangan lupa drop di bahagian komen "saya dah beli". Hehehe... 


Seterusnya, Kak Ida ke reruai Jejak Tarbiah untuk mendapatkan buku "Rumah Sejuta Buku". Hasil kompilasi penulisan Goodreads Malaysia.

Kami terus pulang sejurus dapat buku yang diidamkan. Tidak mahu bertembung orang mahu balik serentak. Terima kasih si dia kerana sudi menemani untuk tahun kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi Tahun 2023.

Jumpa lagi edisi Tahun 2024 nanti. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my