Saturday, June 4, 2022

Perkongsian kisah emas

Sam Zell, seorang pelabur billionaire dari US telah membuat kejutan apabila beliau membeli emas buat kali pertama dalam hidupnya.

Bayangkan, billionaire ini membeli emas ketika usianya 79 tahun!

Selama 78 tahun, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas.

Alasannya adalah:
1) Emas tidak mendatangkan pendapatan dan 2) Emas memerlukan kos penyimpanan.

Namun pada usianya 79 tahun, paradigma Sam Zell berubah sama sekali.

Di dalam temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US.

Beliau berkata, "kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami"

"Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi." kata Sam Zell lagi.

"Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi"

Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas.

Kesimpulan.
Jika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, apatah lagi kita yang bertaraf pelabur marhein ini.

Saya cadangkan anda ikut sahaja jejak langkah Sam Zell.

Alihkan sebahagian kekayaan anda ke dalam bentuk emas.

Anda akan berterima kasih kepada diri anda sendiri!

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my