Friday, June 17, 2022

Al Fatihah...

Kali terakhir Kak Ida berjumpa dengan arwah di perkarangan Hospital Forensik Kota Tinggi. Kami berdua sempat bertanya khabar sambil arwah menyelitkan bantuan untuk menyokong program Amal Ramadan PUSPANITA yang lalu.

"Kalau nak apa-apa, jangan segan bagitahu. Insya Allah, mana yang abang boleh tolong, abang tolong."

Begitulah arwah. Seronok betul bila mendengar perancangan program ini. 

Arwah memang follow rapat Program Amal Ramadan ini. Tidak tahulah berapa kali arwah menelefon sambil berkongsi maklumat yang Kak Ida perlukan.

Arwah berjanji akan berjumpa Kak Ida tetapi urusan ke ibu pejabat ditangguhkan dan akan datang juga pada waktu terdekat.

Akhirnya, arwah datang ke pejabat pada 19 April menunaikan janji membawa beberapa kotak kurma.

Tetapi, kami berdua tidak sempat berjumpa kerana Kak Ida perlu menguruskan anak pada waktu tengahari. Huhuhu...

WhatsApp terakhir kami adalah beliau teringin hendak menikmati bubur lambuk Zara.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Bubur itu sempat Kak Ida titipkan pada sahabat yang duduk di Kota Tinggi. 

Selamat jalan Allahyarham Mohd Rozi bin Abd Majid ke negara abadi. Terima kasih atas tunjuk ajar dan pesanan yang diberikan.

Kak Ida simpan sini sebagai kenangan. 

Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my