Perancangan tidak yang dirancang.
Minta keizinan si dia dan bentangkan menu yang hendak dimasak, si dia terus memberi kata persetujuan.
Alhamdulillah, balik dari kerja, Kak Ida terus singgah ke kedai untuk membeli sedikit barang basah seperti ayam, ikan dan ulam-ulaman.
Menu yang terlintas di dalam kepala ialah:
- Nasi
- Cencaru sumbat kelapa
- Ayam goreng
- Gulai lemak kacang panjang
- Budu
- Ulam raja
Gigih si dia membakar ikan berbanding masak di atas pan.
Mujur mereka datang selepas Isyak. Jadi, ikan sempat dibakar seadanya. Meriah malam itu dengan gelagat masing-masing. Hehehe
Alhamdulillah, terima kasih sudi datang ke teratak walaupun dibuat secara mengejut. Sudah dua tahun raya tidak semeriah ini.
Simpan sini sebagai kenangan.
No comments:
Post a Comment