Wednesday, February 28, 2018

Aktiviti Special Needs Group | Matching Huruf

Alhamdulillah, aktiviti dalam Special Need Group kali ini adalah suaipadan bentuk dan huruf.

Pada peringkat awal, boleh mulakan dengan bentuk (shape) yang ringkas.

Peralatan yang diperlukan adalah:-
  1. Kadbod atau papan
  2. Botol mineral saiz 500 ml sebanyak 25 biji. (25 huruf)
  3. Gam dan pisau.
Cara membuatnya:-
  1. Kerat kepala botol mineral.
  2. Tulis huruf di atas kadbod. Kemudian gamkan botol mineral pada kad atau papan. Kak Ida gunakan meja terpakai kerana kaki meja yang sudah patah. 
  3. Tulis huruf di botol mineral.
Taddaa... matching huruf telah siap. Kak Ida galakkan aktiviti ini dibuat dalam tempoh 10-20 minit bergantung pada keupayaan anak.

Matlamat aktiviti ini adalah untuk mengasah kemahiran motor halus, menggalakkan fokus untuk anak dan juga memasukkan bentuk atau huruf diruang yang betul.




Ok, jom kita main anak-anak...

Nota kaki:
Bagi mereka yang berminat untuk berkongsi perkembangan anak-anak normal dan istimewa, cara pengurusan, diy aktiviti dan lain-lain boleh klik link https://t.me/joinchat/EBG02EOyu5mEM-3fngJbVw

Parents Support Group GIAT | How to manage your emotions dealing children with emotional Difficulties.

Parents Support Group GIAT | How to manage your emotions dealing children with emotional Difficulties.

PSG ini akan diadakan pada 10 Mac 2018 bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, Bangunan Ixora, Hospital Permai, Johor Bahru.

Penceramah oleh Cik Puan Siti Aisyah Mohammad Ghazalan, Clinical Psychologist, Hospital Permai, Johor Bahru.

Pendaftaran dan info bayaran, sila rujuk di link ini : https://goo.gl/forms/DrBc72b5tp2FYybG3

Jemput datang beramai-ramai.


Monday, February 26, 2018

Ilmu Keluarga LPPKN : Kecil Disayang, Besar Melayang

Alhamdulillah, semalam Kak Ida menyantuni kursus ilmu keluarga @ LPPKN dengan tajuk kecil disayang, besar melayang.


Tajuknya cukup menarik perhatian Kak Ida kerana isu yang dikupas seperti pornografi dikalangan kanak-kanak.

Si dia menghantar Kak Ida di LPPKN jam 8.00 pagi. Mujur ketika sampai, tablemate Kak Ida turut sampai. Hahaha. Disebabkan kursus bermula jam 9.00 pagi, Kak Ida mengajak Siti untuk bersarapan terlebih dahulu.

Selepas bersarapan, kami berdua terus ke Dewan Utama LPPKN untuk mendaftar dan mengambil tempat. Sempat juga snap beberapa keping gambar sebagai kenangan. Well said.

Kak Ida belanja beberapa keping gambar untuk kenangan.



Saturday, February 24, 2018

Petua cili lambat rosak

Siapa kata kata di Facebook "membuang masa?".

Hahahaha...

Sebenarnya, bergantung pada diri kita sendiri.

Sejujurnya, Kak Ida tidak ingat dimana Kak Ida baca petua untuk cili lambat rosak. Rasanya di dalam group masak-masak.

Petuanya, letakkan beberapa biji bawang putih yang telah dikupas bersama-sama cili sebelum disimpan di dalam peti ais.


Insya Allah, cili lambat rosak dan busuk.

Selamat mencuba.

... alamak, sudah terlepas!

Alhamdulillah, setiap bulan Kak Ida dan si dia akan menyantuni temujanji di Hospital Permai.

Tips Kak Ida untuk elakkan kita terlupa,

Kak Ida setiap hujung bulan sebelum tiba bulan baru akan mengemaskini kalendar di Google. (Google Calendar).

Sebagai back-up. Huhuhu

Bukan apa, bila kita sudah terlepas temujanji terutama temujanji di hospital, agak sukar untuk kita mendapatkan tarikh yang terdekat. 

Betul?

Jadi, masukkan tarikh temujanji sama ada diri Kak Ida sendiri, si dia, anak-anak dan juga perkara penting pada bulan berikutnya.

Keutamaan semestinya keluarga, kerjaya, bisnes, kawan-kawan dan lain-lain.

Jangan lupa untuk mengemaskini juga MASA dan TEMPAT temujanji kerana ada kalanya masa temujanji berubah-ubah. 

Semoga perkongsian hari ini bermanfaat. Insya Allah. 





Friday, February 23, 2018

Aktiviti Special Needs Group | Lompat Getah

Dalam group whatsapp Special Needs Group, ada pelbagai idea aktiviti yang dikongsi terutama bagi anak-anak istimewa.

Aktiviti pertama yang dikongsi adalah lompat getah.

Aktiviti ini sesuai bagi umur anak-anak satu tahun dan ke atas.

Gigih ok mencari getah. Hihihi Cuma beberapa ringgit dapat getah banyak seperti ini.


Ok, cara bermain lompat getah adalah:-
  1. Ikat getah mengikut ketinggian lutut anak.
  2. Tunjukkan bagaimana untuk melangkah atau melompat.
  3. Bantu anak untuk melangkah atau melompat.
Kak Ida kongsikan matlamat aktiviti lompat getah ini adalah untuk:-
  • Balancing - ketika melangkah atau melompat getah.
  • Visual perceptual skill iaitu anak cuba menggangar jarak ketika melangkah atau melompat.
  • Kemahiran motor kasar.
  • Melompat.
Selamat mencuba ibu-ibu. Jangan lupa kongsikan aktiviti lompat getah bersama anak di ruangan komen ya.

Jumpa di next entry. Tata.

Nota kaki:
Bagi mereka yang berminay untuk berkongsi perkembangan anak-anak normal dan istimewa, cara pengurusan, diy aktiviti dan lain-lain boleh klik link https://t.me/joinchat/EBG02EOyu5mEM-3fngJbVw

Thursday, February 22, 2018

My Library Taman Sutera Mall

Jika tidak kerana mahu mendaftarkan Ammar ke workshop dan bengkel Autism pada bulan Mac nanti, entah bila Kak Ida akan jejakkan kaki ke sini.

Nampak tak politiknya disini. Hahaha

Balik dari kerja, Kak Ida meminta izin si dia untuk ke My Library Taman Sutera Mall. Alhamdulillah, parking banyak di sediakan. Ada juga parking khas untuk kaum wanita. Insya-Allah, selamat dan mudah untuk diakses.


My Library Taman Sutera Mall ini terletak di Tingkat 4. Banyak juga petunjuk arah ke My Library ini. Jadi, tekan lif terus tekan no 4. Okay?

Kak Ida mengambil peluang untuk sign-up menjadi ahli MyLibrary selama setahun kerana banyak juga kemudahan yang diberikan pada ahli. Antaranya potongan harga jika ada bengkel atau program yang dianjurkan oleh My Library. Oh ya, buat masa ini, terdapat promosi jika berminat menjadi ahli My Library. Yuran keahlian adalah sebanyak RM 32.60 (termasuk 6% GST).



Kemudian, Kak Ida juga mengambil kesempatan untuk mendaftar workshop Ammar yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti. 

Sambil menunggukan kad keahlian siap, Kak Ida mengambil peluang meninjau apa yang ada di My Library. Gambar dibawah adalah sudut bagi kanak-kanak.


Memang sangat selesa. Oh ya, kemudahan WIFI juga disediakan di My Library.

Agaknya, nampak Kak Ida seperti tercari-cari sesuatu, ada staf My Library menegur Kak Ida, adakah pertama kali Kak Ida ke situ?

Kak Ida cuma menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Cukup ramah menyantuni Kak Ida.

Tiba-tiba, beliau maklumkan rak buku apa yang Kak Ida cari.

Ya, rak NOVEL!

Bersinar-sinar mata Kak Ida melihat deretan novel. Aduhai. Sasau sekejap dibuatnya.


Cepat-cepat beristighfar. Hahahaha

Kurang dalam masa 15 minit, Kak Ida siap memilih buku novel untuk dibawa balik. Kebetulan kad keahlian juga sudah siap. Terus Kak Ida ke bahagian peminjaman buku. #SelfBorrow. Terkial-kial juga sebab disini menggunakan sistem komputer sepenuhnya.

Peminjaman terhad kepada enam buah buku dan boleh dipinjam dalam jangka masa 3 minggu.


Terima kasih staf My Library. 

Kak Ida sangat menghargainya.

Sedap Corner

Selepas melawat Sue di hospital, kami berempat melapangkan masa untuk makan tengahari di Sedap Corner, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, Johor Darul Takzim.

Ya kawan-kawan, Sedap Corner disini sudah berubah wajah.

Sesuai untuk melepak dan bersantai bersama keluarga atau sahabat handai.

Di Sedap Corner, Kak Ida selalunya memilih menu baby kailan, ayam goreng dan nasi putih. Kuih-muih juga antara kegemaran Kak Ida. Hihi


Nazim Johor | Smart Circle Auratku Maruahku

Minggu ini, bagi memenuhi aktiviti anak-anak, NAZIM Johor ada mengadakan Smart Circle, Auratku Maruahku.

Program ini diadakan dua tempat iaitu di Surau Perjiranan 10 Bandar Dato Onn dan juga di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon yang tertera di poster.

Jumpa kita disana ya.


Wednesday, February 21, 2018

Antenatal and breastfeeding class

Kepada ibu bapa yang masih dan ingin terus belajar dalam perihal memberikan titisan emas pada si manja.

Jom, kita ke kelas ilmu penyusuan susuibu dengan Pakar Laktasi dan Pakar Kanak-kanak yang sentiasa berkongsi ilmu, Dr Hairin Anisa Tajuddin.

Mungkin ada yang sudah lama tidak menyusukan anak. Atau sedang mengandung dan bakal menimang cahaya mata baru, atau bakal ibu bapa pertama kali.

Atau bagi mereka yang mahu menambah ilmu.

Susu Ibu, anugerah terindah.


Tuesday, February 20, 2018

Borang BE kembali lagi...

Hari ini dipejabat Kak Ida, telah diedarkan borang BE.

Ini bermakna, bermula 1 Mac 2018, cukai pendapatan bagi tahun 2017 perlu diisi.

Pening jika failing, resit dan lain-lain berterabur.


Tips Kak Ida,
Gunakan buku tulis anak yang tidak digunakan dan glue stick.

Bukan tidak boleh menggunakan gam yang basah, cuma tidak berapa sesuai jika kertas resit terlalu nipis. Mudah koyak dan tidak kemas.


Pecahkan buku kepada beberapa bahagian.

Untuk diri Kak Ida, buku tulis hanya dibahagikan kepada:-

  1. Resit zakat atau sumbangan.
  2. Pembelian buku, majalah, novel dan lain-lain. (Asalkan bukan xxx).
  3. Resit pembelian ubat-ubatan atau jika membuat full medical check-up.
  4. Alatulis.
  5. Breastpump (jika berkenaan).
  6. Resit pembayaran langganan internet, pembelian komputer, telefon pintar atau lain-lain.
  7. Resit insurans diri dan pendidikan anak-anak.
  8. SSPN-i
  9. Lain-lain.

Alhamdulillah, semua resit sudah siap digam dan dilabelkan mengikut tahun. Jika rajin susun mengikut tarikh dan bulan.


Oh ya, buku resit ini jangan dibuang. Rekod dan data perlu disimpan sehingga tempoh 7 tahun. Bagi resit yang menggunakan karbon, Kak Ida galakkan untuk fotostat atau scan atau ambil gambar resit dan simpan dalam clouds.

Mana tahu, kita antara insan terpilih oleh LHDN. Hihihi

Semoga bermanfaat.

Pusat Disleksia Johor Bahru

Bagi mereka yang mempunyai anak disleksia, Kak Ida kongsikan alamat-alamat bagi Pusat Disleksia di Johor Bahru.


Persatuan Disleksia Malaysia (Johor Bahru)
D/A Hospital Permai
Jalan Persiaran Kempas Banjaran
Kempas Banjaran
Johor Darul Takzim
(u.p Cik Nur Safika)

Pusat Disleksia Setia
No 56-02, Jalan Setia Tropika 1/24
Livitonia Square
Taman Setia Tropika
Johor Darul Takzim
Puan Shan (07 2445933)

Senarai sekolah-sekolah untuk Program Disleksia di Negeri Johor.
  1. SK Taman Muhibbah Kulai, Johor
  2. SK Simpang 5 Pekan Bukit Gambir, Muar, Johor
  3. SK Pasir Gudang 3, Johor
  4. SK Taman Sri Kluang, Johor

Monday, February 12, 2018

Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 JUPEM Johor

Hari ini Kak Ida menyatuni Majlis Amanat Tahun Baharu Pengarah Ukur dan Pemetaan Tahun 2018 di di pejabat Kak Ida.

Majlis tahunan ini disekalikan dengan majlis bagi mereka yang akan bersara pada Tahun 2018.

Tahun ini seramai 15 orang akan bersara dan sebahagian dari mereka Kak Ida "membesar" bersama-sama di pejabat. Allahu, bercampur adur rasa ini. Sayu sangat rasanya.

Kak Ida titipkan doa semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik selepas bersara.




Selfie bersama Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, Sr Ramli bin Nor


Saturday, February 10, 2018

Seminar Keibubapaan| Joyful and Loving

Sedikit perkongsian dari Seminar Keibubapaan oleh Ibu Rose di RTM, Johor Bahru.

  • Anak-anak yang berumur 0 - 3 tahun masih tidak faham dengan undang-undang kekeluargaan yang kita buat, tetapi sebagai ibubapa kita tetap perlu mendidik anak-anak kita dengan kasih dan sayang. 
  • Anak-anak bawah 4 tahun, belum pandai kawal diri mereka (self-control), jadi kita sebagai ibubapa perlu banyak bersabar, mengingatkan anak-anak dengan kasih dan sayang.
  • Marah itu boleh, tetapi pastikan anak tahu punca dan sebab kenapa anak dimarahi.
  • Be loving and firm at the same time. Ingatkan anak, apa yang sebenarnya tidak boleh dilakukan (firm), dan dalam masa yang sama beri kasih dan sayang pada anak sepenuhnya.
  • Emancipate greatness 
    • Allah swt sudah mengurniakan kelebihan dan kelemahan dalam diri setiap anak-anak.
    • Bantu anak mengeluarkan kehebatan dan potensi yang telah diberikan oleh Allah swt pada anak kita.
Tetapi perlu DIINGATKAN, ibubapa hanya boleh membantu, membentuk, mendorong dan membimbing. Bukan DIPAKSA.

BAGAIMANA ibu ayah boleh bantu anak anak??

Dengan cara membina sistem kepercayaan yang positif (positive belief system)  dalam diri mereka.

Sebagai contoh : Anak yang aktif itu bukan degil. Jadi, jangan sekali kali cakap anak degil, jahat. Anak yang setiap hari dengar benda negatif (cth : kau jahat, kau degil, kau bodoh, tak dengar kata, menyusahkan)  akan ada masalah dalam 'belief system' dia.. Dia akan PERCAYA  yang dia bodoh, jahat, degil, tak dengar kata, menyusahkan sampai dia dewasa.

BILA ibu ayah boleh bantu anak anak??

Sejak anak masih dalam kandungan lagi. Ibu mengandung, perlu jaga emosi, fikir yang baik-baik, Insya-Allah, akan dapat yang baik-baik juga.

The RESULT is depend on BEHAVIOUR. Specific behavior lead to a specific result.

Dalam institusi keluarga (ibu, ayah, anak, komunikasi adalah sangat-sangat penting.

  • Perkataan
  • 93% adalah energy (aura perkataan)
  • Contoh: "ibu sayang awak". Sebutlah dengan tenaga dan lenggok bahasa yang betul.
  • Untuk suami isteri pula, sebut perkataan sayang juga dari hati "abang sayang awak sangat" untuk menyampaikan rasa kasih dan sayang yang mendalam.
  • Komunikasi datang dari dalam ke luar (inside out communication).
  • Jika kita mengucapkan tanpa rasa kasih sayang tanpa melihat pasangan atau tiada eye contact, komunikasi akan menjadi GAGALL

What is our parenting goal as a parent?

  • Be the BEST Version of ourselves, in the eyes ALLAH, first.
  • Love and appreciate ourselves, then only we can give our love to family and kids.

Remember, the first thing about GIVING is that you must HAVE it.

Parenting is not about your children,  it is about yourself.
UPGRADE yourself,  be a good leader,  then only you can lead the ship.

Kesimpulan dari seminar keibubapaan Ibu Rose

  • Anak yang hebat datang dari ibu ayah yang hebat.
  • Ibu bapa yang hebat itu perlu ada rasa kasih dan sayang yang sangat mendalam dan ikatan yang kuat antara satu sama lain.
  • JANGAN malu untuk tunjukkan sayang pada PASANGAN di depan anak anak. Berganda-ganda lebih baik daripada ibubapa tunjukkan pergaduhan/perselisihan faham depan mereka.
  • Sehebat mana pun ilmu keibubapaan yang kita ada, jika hubungan dengan suami atau isteri itu hambar (tidak elok), ia akan lebih mencabar dalam tugas mendidik anak anak kita.
  • Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan pasangan, Insya Allah lebih mudah untuk kita menjadi pendidik yang TERBAIK untuk anak anak kita, di mata DIA.




Tuesday, February 6, 2018

Mencemar duli ke Kota Tinggi

Alhamdulillah,

Pertama kali sepanjang 15 tahun bekerja, Kak Ida akhirnya menjejakkan kaki ke Pejabat Ukur Daerah Kota Tinggi di Bangunan Sultan Iskandar.

Perghh, macam tak percaya pun ada. Hahaha

Iyelah, kerja di pejabat tidak memerlukan Kak Ida jejakkan kaki ke PUD. Ini pun kerana mengiringi Panel Penilai EKSA dan tanggungjawab urusetia untuk Pertandingan EKSA JUPEM Johor.

Pengalaman baru pada Kak Ida hari ini.

Kedatangan kami disambut oleh DS, Sr Ismail bin Marabi dan ADS, Encik Rozi.

Berkesempatan berjumpa sahabat-sahabat Kak Ida disini. Berkongsi cerita. Memang best. Hihi


Antara perkara yang menarik perhatian Kak Ida adalah bookmark tentang JUPEM Johor. DIY!


Dengan Zapi. Pangkat adik dengan Kak Ida. Hahaha... Dulu beliau satu bangunan sebelum berpindah ke PUD Kota Tinggi.

Sebelum balik ke Johor Bahru, Kak Ida dijamu makan tengahari di Restoran Daud berdekatan pejabat. Sampai sini dulu... Tata!


Monday, February 5, 2018

Cerita hari baru

Cerita hari baru.

Hari ini Kak Ida bersarapan berjemaah di Cintala bersama officemate.

Sekali-sekala sebegini membuatkan hari Kak Ida ceria. Bertukar cerita, bergelak ketawa, usik-mengusik.



Terima kasih sahabat.

... sentiasa ada!


Bila TERpaksa membeli

Kak Ida pakai kasut memang sampai habis hayat.

Tiada backup kasut lain. Ada satu kasut tinggi, macam over pula.

Jadi, nak taknak... antara list to do si dia adalah memaksa Kak Ida membeli kasut. Allahu, (bab paling malas didunia).

Sampai di J, terus si dia pesan pada Kak Ida untuk terus membeli dua pasang kasut. Dengan muka malas Kak Ida hanya mampu mengangguk.

Selesai memilih, Kak Ida maklumkan Kak Ida mahu terus memakai kasut tersebut. Cina yang membantu Kak Ida memilih kasut menggeleng kepala. "Haiya miss, teruk sangat ini kasut..."



#ByKamilia

Sunday, February 4, 2018

Hanya kerana sebiji belon

Haru biru malam Kak Ida malam ini kerana sebiji belon.

Belon ini menggunakan gas helium.

Bila terlepas dari pegangan Ammar, belon ini akan tersangkut pada kipas atau siling.

Terus Ammar dan Aina akan terjerit-jerit dan menangis (tantrum) kerana takutkan belon ini akan meletup atau pecah.

Allahu. Kak Ida tengok Adilah sehingga terpaksa menyorok di bawah meja kerana Ammar menjadi sangat-sangat stress. Habis digaru dan ditepuk kepala sendiri termasuk kepala Adilah.

Serentak tiga beranak menangis. Memang haru biru.

Ikutkan hati memang Kak Ida nak letupkan sahaja belon tu. Tetapi, itulah...

Bila keadaan agak bertenang sedikit, Kak Ida suruh anak-anak naik kebilik.

Siapkan susu Adilah, Kak Ida naik ke atas... Allahu, terus sayu hati Kak Ida. Mujur Kak Ida tidak letupkan belon itu tadi...



Oh #AmmarSayang

Tertidur sambil melayankan belon itu berpusing-pusing ditiup angin.

Saturday, February 3, 2018

Adilah warded kali pertama

Allahu,

Kelmarin ketika Kak Ida lepas solat maghrib, Kak Ida nampak Adilah seperti tercungap-cungap. Tetapi, tiada wheezing.

Uiks, kemudian Kak Ida terus check dada Adilah, ok, sudah nampak sedikit lekuk di bahagian dada. Kak Ida terus memanggil si dia untuk bawa ke Klinik 1Malaysia di Bandar Baru Kangkar Pulai.

Sampai disana, Adilah terus diberikan nebulazer. Alhamdulillah, nampak ada sedikit perubahan. Tetapi, MA turut memberikan Kak Ida surat rujukan ke GH jika berulang kembali pada malam itu kerana tahap SPO2 Adilah ketika itu 96%.

Alhamdulillah, Adilah dapat tidur (walaupun tidak lena sepenuhnya). Jam 2.00 pagi Kak Ida tengok Adilah mula gelisah. Mengiring ke kiri salah, kanan pun salah. Oh sudah, Kak Ida tekapkan telinga ke ke dada Adilah, tiada wheezing. Terus Kak Ida kejutkan si dia untuk bawa Adilah ke emergency.

Sampai emergency, Adilah kena 2 kali neb. Huhuhu... X-Ray juga nampak sedikit jangkitan kuman di paru-paru. Confirm, bronchitis pneumonia.

Si dia call Kak Ida pagi itu untuk memaklumkan Adilah perlu ditahan di wad. Malangnya wad kanak-kanak penuh. Jadi, Adilah terpaksa duduk dahulu di wad pemerhatian di emergency buat sementara waktu sehingga wad kanak-kanak ada katil yang kosong.

Pagi itu, Kak Ida uruskan COD Qaseh Gold Junior ke Taman Mutiara Rini. Kemudian, Kak Ida terus menghantar nak-anak yang lain pada pengasuh. Akhirnya, Kak Ida sampai di emergency jam 10 pagi.



Meruntun hati seorang ibu melihat Adilah berselirat dengan jarum.

Kak Ida mengambil giliran menjaga Adilah sementara si dia balik untuk solat Jumaat. Wad kanak-kanak masih belum ada yang kosong. Syukur jam 6 petang Adilah sudah dibawa ke wad. Kak Ida terpaksa disorong dengan kerusi roda kerana oksigen Adilah tidak boleh diberhentikan. Huhuhu...

Bertabahlah hati.

Alhamdulillah, Kak Ida ditempatkan dikatil di Wad B3 (Katil 20).

Memang wad penuh. Katil sampai ada dilorong-lorong tengah. Allahu. Jika tidak silap Kak Ida, ada 50 kanak-kanak diwad.

Adilah juga masih menyambung oksigen dan nebulazer di wad kerana nafas masih laju. Yang penting Adilah mendapat rawatan sewajarnya.

Terima kasih Dr Farah, jururawat-jururawat di B3 kerana membantu Adilah sihat.

Insya Allah, terima kasih atas doa kalian. Terima kasih, terima kasih.


Hanya Allah yang mampu membalas doa kalian semua. Sangat menghargai setiap sokongan, kata-kata semangat dan perhatian yang diberikan.

Ok off dulu, jumpa lagi di entry akan datang. Tata!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my