Hi sahabat bloggers,
Kak Ida nak kongsi satu tempat yang sesuai untuk anak-anak di Pontian.
Ok, selepas menikmati sarapan pagi di Ruma Kupi, Kak Ida mengajak si dia ke Muzium Bugis. On Waze, alhamdulillah, hanya tujuh minit dari situ.
Muzium Bugis atau dikenali sebagai Galeri Bugis ini terletak di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor. Mengikut orang disitu, suasana akan lebih meriah pada waktu petang kerana mereka berkumpul di Pusat Rekreasi Sungai Rambah.
Nah, besar ok. Muzium ini berada di dalam kawasan Majlis Perbandaran Pontian. Jadi, memang luas dan bersih di kawasan sini.
Tiada bayaran tiket masuk yang dikenakan tetapi kita boleh membuat sumbangan ikhlas di tabung yang terletak di pintu keluar muzium.
Muzium Bugis ini mempamerkan sejarah, adat, bahan sejarah yang melibatkan masyarakat Bugis.
Sejujurnya, Kak Ida mencari koleksi setem yang melibatkan Bugis, malangnya tiada. Rasa ralat juga kerana setem adalah satu seni yang melibatkan sejarah.
Memang luas kawasan Muzium Bugis ini. Jadi, berbaloi untuk membawa anak-anak melihat sejarah dan barang artifak bersejarah yang ada disini.
Sebelum balik, Kak Ida meminta cop Muzium Bugis untuk kenang-kenangan dalam buku journal tetapi cop tiada pada waktu itu. Namun, Kak Ida tidak pulang dengan tangan kosong kerana dihadiahkan sticker Muzium Bugis untuk ditampal.
Berseri-seri muka Kak Ida mendapat hadiah yang cukup bermakna.
Terima kasih atas layanan baik yang diberikan. Ada rezeki kita berjumpa lagi. Kawan-kawan, jangan lupa singgah ok?
No comments:
Post a Comment