Saturday, October 5, 2024

JJCM | Ruma Kupi Pontian

Finally! 

Dapat Kak Ida jejakkan kaki ke Ruma Kupi di Pontian. 

Kak Ida bertolak dari rumah dalam jam 10 pagi dan sampai di Ruma Kupi dalam jam 10.53 pagi. Alhamdulillah, jalan tidak sesak. Tenang-tenang sahaja.

Apa yang menariknya Ruma Kupi ini?

Mengikut pandangan Kak Ida, konsep hiasan Ruma Kupi ini adalah dari barang-barang lama. Jadi, ada sesuatu yang dapat mengingatkan zaman kecil Kak Ida disini.

Ada kopi kisar.
Si dia bawa anak-anak mengenal zaman permainan kami berdua ketika kecil. Ada snap, sticker, dan lain-lain.

Ok, pilihan makanan Kak Ida adalah signature dish Ruma Kupi iaitu Laksa Johor dan kopi kampung, Adilah memilih roti bakar pelangi (kaya dan marjerin), manakala Ammar memilih nasi lemak rendang daging. 

Ya, kuah Laksa ini dibuat dari Ikan Parang. Jadi, kena berhati-hati juga risau terselit tulang. Hehehe...

Ya, peti suratnya yang menarik hati Kak Ida. Hehehe...

Aci claim 0 km? Hehehe...

Sebelum balik, Kak Ida membeli sticker untuk kenang-kenangan dalam buku jurnal tanda hadir. Gituw!

Alhamdulillah, tercapai hasrat hendak menikmati sarapan pagi disini.  Oh ya, kedai ini dibuka Khamis-Ahad bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang. Jadi, boleh merancang aktiviti hujung minggu bersama keluarga. 

Ok, ayuh kita ke destinasi seterusnya. Kemana kita? 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my