Tuesday, October 29, 2024

Bengkel Kreatif Kraf

Alhamdulillah,

Kak Ida berpeluang menyantuni Bengkel Kreatif Kraf anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Johor bertempat di Kompleks Kraf Johor.


Check in dulu.

Bengkel ini mengajar kita menghias beg dan sapu tangan dengan menggunakan teknik ketukan dari bahan semulajadi seperti daun dan bunga. Antara bunga yang boleh digunakan adalah bunga raya, bunga kockiana yang merupakan bunga kebangsaan Daerah Muar manakala daun pula adalah daun betik, daun ulam raja dan daun yang bersesuaian.


Untuk projek pertama iaitu sapu tangan, bunga disusun mengikut kreatif masing-masing. Kemudian, sapu tangan ini digulung dengan ketat menggunakan plastik sebelum dikukus selama satu jam. 


Kita gulung seperti ini. Gulung serapat yang boleh dan bentukkan seperti ini.


Projek diteruskan dengan Tote Bag pula. Antara peralatan yang diperlukan adalah hammer.


Nah, hasil warna semulajadi dari bunga.


Susun sekreatif yang boleh. 


Inilah hasilnya. 


Terima kasih Cik Senah. Hehehe...




Alhamdulillah, pengalaman yang cukup berharga. Insya-Allah, ada rezeki Kak Ida akan follow program hands on seperti ini lagi.

Terima kasih PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

 

Friday, October 25, 2024

Homeschooling | Zoo Johor

Yeay, finally!

Kak Ida membawa anak-anak ke sini. Zoo Johor ini telah dibuka secara rasminya pada 31 Ogos 2024. Tetapi, mengenangkan ramai sungguh umat manusia ke sini, Kak Ida terpaksa tangguhkan hasrat kerana tidak berani "merempuh" dan bersesak.

Seawal jam 10.30 pagi, roda kereta sudah bergerak menuju destinasi. Antara persediaan yang dibuat adalah topi, air masak, kipas mini dan pemakaian sun screen. Cuaca hari ini pula agak terik. 

Kak Ida park kereta di kawasan tempat letak kereta berhampiran dengan Penjara Johor. Disitu, Zoo Johor ada menyediakan shuttle bas secara percuma. Tidak perlu menunggu lama untuk satu-satu bas. Memang cepat! Mudah kan? 


Bas yang selesa untuk penumpang.


Kita bergambar dulu sebelum lencun dengan peluh. Hehehe...


Harga tiket masuk ke Zoo Johor. Zoo ini dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kak Ida menggalakkan membawa kad pengenalan dan kad OKU (jika pemegang kad) kerana masuk adalah PERCUMA. Terima kasih Kerajaan Negeri Johor atas kemudahan yang diberikan.


Peta Zoo Johor.



Sejujurnya, perubahan hanyalah infrastruktur yang lebih baik dan selesa untuk pengunjung. Binatang di Zoo tidak berapa banyak. 



Aktiviti untuk pengunjung adalah bergambar dengan burung Kakak Tua.


Terik kan?





Sebelum balik, kita bergambar dulu berlatar belakangkan Masjid Sultan Abu Bakar. 


Alhamdulillah, janji ini telah dipenuhi. 


Fridge magnet licin. Jadi, Kak Ida beli sticker untuk kenang-kenangan di jurnal nanti. Design cantik dari Johor Collection.

Jumpa lagi di next posting. Tata.

Thursday, October 24, 2024

Hari Sukan Negara JUPEM Johor

Alhamdulillah.

Kak Ida menyantuni program yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Johor sempena Hari Sukan Negara yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun. 

Kali ini, JUPEM menganjurkan program brisk walk sejauh 2.5km dan acara Bola Tampar setiap zon. 

Seawal jam 8.00 pagi, sesi regangan badan telah dibuat.


Bersama anak buah.


Sesi memanaskan badan.


Nah, ambil dulu gambar beramai-ramai sebelum make-up hilang. Terima kasih KSKJUJ atas penganjuran ini. Awesome sangat!

Kak Ida ingin membuat kelainan kali ini. Kami akan bergambar setiap check point sebagai kenang-kenangan. Hehehe... 



Check point pertama. Pagar utama Wisma Persekutuan.


Check point kedua - Menara Tabung Haji.


Check point ketiga - JOTIC


Check point keempat - Jata Negeri Johor yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Tinggi Johor Bahru.


Check point kelima - Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Alhamdulillah, kami semua selamat tiba di Bangunan Wisma Persekutuan sebelum acara Bola Tampar dimulakan pada jam 9.30 pagi.

Zon Pulau Rawa berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bola Tampar. Yeay!


Simpan sini untuk kenang-kenangan. 

 

Wednesday, October 23, 2024

Sesi menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Alhamdulillah,

Selesai sudah pemilihan opsyen bagi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi warga JUPEM.

Terima kasih kepada Encik Suhaili bin Sulaiman yang telah menerangkan dengan jelas dan terperinci kelebihan dan kekurangan jika kita memilih SSPA ini.


Taklimat ini telah berlangsung di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM. 

Menjadi tanggungjawab untuk menyemak dan memastikan maklumat yang diisi dalam borang adalah betul dan tepat terutama nama dan no kad pengenalan.


Alhamdulillah, selesai sudah semuanya.


Kepada Allah kita berserah. Insya Allah.



Wednesday, October 16, 2024

Kitaran Hidup Haiwan Seekor Rama rama Sempena Minggu STEM

Sempena Minggu STEM sekolah anak-anak ada pertandingan Kitaran Hidup Haiwan.

Cikgu ada berikan contoh haiwan seperti ayam, lebah dan penyu. Video perlu dihantar pada 15 Oktober sebelum atau pada jam 10.00 malam.

Seperti biasa, Kak Ida buat homework haiwan apa yang mudah untuk dibuat. Kah!

Alhamdulillah, dapat idea melalui Pinterest tentang Rama-rama. Menarik sungguh presentation yang dibuat.

"Jom bang, pergi kedai. Nak beli barang,"

"Tak sempat ni Ida kita nak pergi kedai. Dah pukul berapa ni,"

Bukan muncung itik Adilah yang keluar, tapi si ibu.

"Kita guna apa yang ada kat tangan ok?" pujuk si dia.

Si dia menyelongkar barang yang ada di dalam kotak. Nah, terjumpa paper art, pembalut hadiah, pelbagai jenis kertas warna.

Kak Ida cari gambar daun, kepompong dan ulat beluncas. Taip sekali perkataan telur, larva, kepompong dan rama-ramai.

"Adilah, color daun ni. Nanti gunting. Ayah nak buat ranting dulu," panggil si dia.

"Ibu gunting senget-senget pun takpe rumput tu," balas Adilah. Agaknya dia nampak tangan ibu menggigil memegang gunting. Memang struggle.

... dan nah, lebar senyuman ibu bila melihat hasilnya. Walaupun tidak sempurna, ibu suka. 

Hari ini misi siapkan skrip sementara si dia buat persediaan untuk rakaman video. 

Alhamdulillah. 

It's not easy.

Time inilah...

Kereta jiran sebelah hidup,

Bunyi mercun berdentam-dentum,

Anak jiran depan menangis,

Ibu menahan gelak sampai ketawa,

Bunyi kucing mengiau...

Adududu...

Alhamdulillah, semua selesai sebelum tempoh penghantaran jam 10.00 malam ini sempena Minggu STEM. 

Do your best. Allah will do the rest. Do what you can. Allah will do what you can’t.” Trust in His plan.

Jom tonton di SINI: Youtube

Monday, October 14, 2024

Stamp Zuss Coffee x Pos Malaysia

Semalam ternampak posting di Filateli Hobi Teragung ada kolobrasi Zuss Coffee X Pos Malaysia.

Terus Kak Ida ke Page untuk lihat. 

Nah, ada Limited Edition Made In Malaysia Stamp. Fuh, dalam kepala terus teringat sahabat manis. Ting!


Gigih Kak Ida tag MJ's Susi. 

Bila ditanya, "maukah yang?"

Of course la kan? Hehehe...

Nah, pagi tadi Susi berkongsi gambar. Adududu... Memang cantik sekali. Kalau tak silap Kak Ida, setiap outlet hanya ada 10 set sahaja.

Cantik kan?

Dalam presetation pack ini ada sampul surat, tiga keping setem dan sekeping poskad. 

Alhamdulillah, puas hati bila dapat menyimpan satu sebagai koleksi peribadi. Hehehe...


Saturday, October 5, 2024

Kalendar Akademik Sesi 2025/2025.

Nah, secara rasminya kalendar Akademik Sesi 2025/2025 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.



Insya Allah, Tahun 2026, sesi persekolahan akan bermula bulan Januari.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my