Saturday, August 24, 2024

Pusat Kitar Semula Hibiscus, Taman Pulai Indah

Alhamdulillah,

Mengambil peluang cuti hujung minggu, Kak Ida dan anak-anak mengambil bahagian dalam program Kempen Pengumpulan Bahan Kitar Semula & e-Waste bertempat di Pusat Komuniti KRT Hibiscus, Taman Pulai Indah.


Banyak program menarik seperti Pertandingan Mewarna untuk anak-anak berumur 4-9 tahun, Kuru-Kuru (letak barang yang tidak mahu digunakan dan sesiapa boleh ambil secara PERCUMA), ceramah berkaitan Kitar Semula dan penggunaan minyak masak terpakai, cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

Turut diadakan pameran daripada SWM Environment. Kumpul dan tebus mata ganjaran daripada barangan terpakai.

Menarik betul program ini. Insya Allah, boleh dipanjangkan untuk aktiviti lain.

Alhamdulillah, hujung minggu yang bermanfaat. 



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my