Sunday, August 25, 2024

Perkongsian | Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (KOIKJ) Negeri Johor 2024

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Jom bersama-sama memeriahkan 

Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (KOIKJ) Negeri Johor 2024

Tempat : Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
Tarikh : 26 & 27 Ogos 2024 (Isnin & Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam

Pelbagai aktiviti akan berlangsung sepanjang karnival yang melibatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas antaranya :

- Pertandingan Kemahiran 
- Pertandingan kesenian
- Pameran dari pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta
     
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Stamp Fair 2024

Salam bloggers,

Jom kawan-kawan, kita ke Stamp Fair 2024 anjuran Persatuan Filateli Malaysia (Philatelic Society Malaysia).

Stamp fair bagi Tahun 2024 ini akan diadakan setiap tiga bulan sekali di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Tarikh tentatif yang telah dirancang adalah pada:
a. 9 & 10 Mac 2024
b. 8 & 9 Jun 2024
c. 14 & 15 September 2024
d. 14 & 15 Disember 2024



Jom kawan-kawan. Masuk adalah PERCUMA.

Saturday, August 24, 2024

Pusat Kitar Semula Hibiscus, Taman Pulai Indah

Alhamdulillah,

Mengambil peluang cuti hujung minggu, Kak Ida dan anak-anak mengambil bahagian dalam program Kempen Pengumpulan Bahan Kitar Semula & e-Waste bertempat di Pusat Komuniti KRT Hibiscus, Taman Pulai Indah.


Banyak program menarik seperti Pertandingan Mewarna untuk anak-anak berumur 4-9 tahun, Kuru-Kuru (letak barang yang tidak mahu digunakan dan sesiapa boleh ambil secara PERCUMA), ceramah berkaitan Kitar Semula dan penggunaan minyak masak terpakai, cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

Turut diadakan pameran daripada SWM Environment. Kumpul dan tebus mata ganjaran daripada barangan terpakai.

Menarik betul program ini. Insya Allah, boleh dipanjangkan untuk aktiviti lain.

Alhamdulillah, hujung minggu yang bermanfaat. 



Wednesday, August 14, 2024

Virtual Run | 3KM Run of Hope

Perkongsian.

Jom sahabat-sahabat Kak Ida untuk bersama-sama join Virtual Run 3KM Run Of Hope anjuran UNIMAS.

Berlari sambil menderma.


Setiap penyertaan adalah sebanyak RM 5.00 dan kita akan mendapat e-sjil jika kita menghabiskan larian ini. 

Setiap sumbangan akan masuk ke Pusat Kanser Negara Malaysia Sarawak.

Tuesday, August 13, 2024

Payung Pejabat Pos Thailand

Salam bloggers,

Semalam Kak Ida dapat kiriman dari sahabat manis.

Parcel itu terisi sekaki payung dan dua keping First Day Cover dari Kota Bharu.

Istimewanya payung ini dari Pejabat Pos Thailand bertemakan post box Thailand dan setem.



Terima kasih kakak atas ingatan. Memang tema kegemaran.




Saturday, August 10, 2024

Pengalaman ke Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau, Melaka

Selamat datang ke Merlimau, Melaka.

Menyantuni Program Bicara Setem dan Filateli di Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau, Melaka anjuran Persatuan Guru Perpustakaan dan Media Malaysia.

Ini adalah lawatan Perpustakaan Awam anak-anak yang keenam. Hehehe...




Kita check in dulu. Orang pertama yang Kak Ida dapat berjumpa adalah auntie Joan Tan dan Parama Paramasivam seorang filatelis muda, Melaka.



Kak Ida ambil kesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar di perpustakaan.









 

Pengalaman ke Amverton Heritage Resort, Melaka

Alhamdulillah, 

Selepas program Kak Ida di Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau tamat, Kak Ida membawa anak-anak bercuti ke Amverton Heritage Resort, Melaka.

Disini, kita perlu membayar deposit RM 50.00 (tunai) dan untuk bayaran tambahan untuk ke kolam renang adalah sebanyak RM 15.00 untuk satu kepala. Syukur, urusan check in selesai dalam tempoh yang singkat.

Mengambil kesempatan cuti umum di Johor dan berhujung minggu bersama keluarga.


It's your day anak. Sungguh, percutian kali ini adalah untuk meraikan "hari ibu". Qada masa selepas peperiksaan akhir sudah selesai.

Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan ibu.


Kak Ida memilih king bed. Bilik ini luas dan mempunyai bath tub untuk anak-anak sambung bermain.

View bilik ini pula berhadapan dengan kolam renang. Kah! memang tidak senang duduk anak-anak melihat orang sudah ramai bermandi-manda di kolam renang.






Selepas makan tengahari berbekalkan nasi putih dan sambal udang, anak-anak sudah menukar baju renang. Cuaca cerah dan agak terik.

Alhamdulillah, kids friendly. Ada life guard yang menjaga keselamatan anak-anak sepanjang masa. Sementara anak-anak mandi, Kak Ida dan si dia menikmati teh tarik dan kudap-kudapan di cafe yang berdekatan dengan kolam. Mudah memantau pergerakan si anak.







Selesai mandi, Kak Ida ambil kesempatan untuk capture beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan. 






Alhamdulillah, percutian dua hari satu malam selesai. Terima kasih Melaka. Insya-Allah, ada rezeki kami datang lagi untuk explore hotel-hotel menarik. 

See you next posting. Tata

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my