"Kita ke Rengit nak? Cuba Ida cari apa yang menarik di Rengit... Tak jauh dah ni..."
Pergh, pantas si isteri mencari maklumat di Google. Semua ada di hujung jari kan. Hehehe...
"Ok bang, ada tiga empat tempat nak pergi. Kalau boleh nak ke Pejabat Pos..." sambil tersengih menyatakan hasrat.
"Kita ke Pusat Rekreasi Pantai Punggur eh..." putus Kak Ida membuat keputusan.
Tapi itulah kan, bila sudah sampai. Terdiam sekejap melihat pemandangan di depan mata.
Nah, Kak Ida kongsikan kenangan disini.
Boleh tahan teruknya hakisan pantai. Banyak blok-blok batu disusun.
Sayang sungguh kan? Tempat pun nampak tidak terjaga. Mungkin kerana kurangnya pengunjung.
Tetaplah ambil gambar sebagai kenang-kenangan tanda Kak Ida sudah sampai ke sini.
No comments:
Post a Comment