Khamis yang lalu Kak Ida mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Memperingati Battle of Muar di Parit Sulong, Batu Pahat Johor pada hari ini, 20 Januari 2024 (Sabtu) bertempat di Berek JKR, Parit Sulong.
Suasana hujan mengiringi perjalanan kami ke Batu Pahat.
"Jika hujan bertambah lebat, kita kena keluar awal dari situ. Risau banjir dan kita stranded nanti..." pesanan si dia.
Kak Ida menganggukkan kepala tanda faham.
Oh ya, sebelum itu kami bersarapan di Lontong Simpang Lima (Warisan Haji Aris).
Ada roti canai, soto, nasi lemak dan lontong sate.
Oh ya, antara menu highly recommended disini ialah lontong sate!
Sejujurnya, memang tidak mengecewakan. Lontong kuahnya ada sate dan sambal sotong terhidang di dalam pinggan. Memang wow!
Harganya memang sangat-sangat berpatutan.
Selepas menikmati sarapan pagi, kami terus bergerak ke Berek JKR. Perjalanan memakan masa 19 minit dari situ. Orang kata "sejalan". Hehehe...
Alhamdulillah, kami sampai dengan selamatnya. Hujan mulai renyai.
Disitu, ada pameran yang dibawa khas oleh Muzium Darat Port Dickson seperti pameran motorsikal, baju antik, senjata.
Ada juga kronologi penjajahan Jepun dan British yang dikongsikan.
Walaupun khemah pameran ada dua, ia cukup memberikan info ketika Malaya dijajah.
Kak Ida kongsikan beberapa gambar menarik dsitu.
Alhamdulillah, ada sesuatu ilmu sejarah yang dibawa pulang oleh anak-anak. Orang pada zaman dahulu "bermandikan darah" untuk memastikan Malaysia merdeka.
Dikesempatan ini, Kak Ida merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Majlis Perbandaran Yong Peng, Persatuan Sejarah Malaysia dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Saya ada sekali pakai uniform Askar Melayu WW2 & bawa rifle lee enfield Sabtu tu Di Berek JKR
ReplyDeleteKo x tido lg ke, salzuan?
DeleteTak tido, baru sampai dari Parit Sulong ke Kajang , terus demam panas ni , lega sikit dah
DeleteAlhamdulilah motor klasik sy dpt kongsi bersama.
DeleteJumaat Sabtu Ahad baru balik ke Kajang
ReplyDelete