Hai, salam bloggers!
Ya, selepas lima tahun tidak jejakkan kaki ke Tasik Biru kerana trauma bila naik kali pertama pada tahun 2018.
Memang pacak waktu tu. Hanya Allah yang tahu bila Kak Ida kali pertama naik bersama anak-anak.
Seawal jam 7.00 pagi, Kak Ida sudah sampai didepan pintu rumah Kak Haya. Sengaja datang awal untuk mengumpul semangat. Gituw!
Kali ini Kak Ida naik ditemani dengan Kak Zulhaya dan Jannah. Sejujurnya, Kak Ida nyaris mahu batalkan kerana trauma yang masih belum hilang. Mujur Kak Haya kuat memujuk untuk mencuba kali kedua.
Well, sekarang dah cantik weh. Sekarang dikenali dengan Taman Awam Bandar Baru Kangkar Pulai.
Selain untuk ke Tasik Biru, misi kami adalah mengutip sampah sepanjang perjalanan naik ke atas. Ya, next time Kak Ida akan beli plodging.
Sebelum itu, kami ke Taman Batu untuk bergambar kenang-kenangan.
Kami teruskan perjalanan ke Tasik Biru selepas berhenti rehat di Dek Tinjau.
Ya Allah, akhirnya Kak Ida sampai jua. Tidak berhenti mulut ini berzikir supaya setiap langkah kaki ini dipermudahkan.
Kami berhenti rehat untuk menikmati secawan kopi panas dan scrambled eggs hasil tangan Kak Haya.
Sedap woo...
Sampah agak banyak disini. Jadi, kami ambil sedikit masa untuk mengutipnya.
Alhamdulillah, everything goes well. Masa untuk pulang ke sarang.
Jumpa lagi next posting. Tata!
nice tasik biru.,. hehe
ReplyDelete