Hi there,
Assalammualaikum dan salam Oktober. Banyak perkara yang diraikan pada bulan ini.
Sempena 1 Oktober yang merupakan Hari Postcard Sedunia.
"Nak bawa apa eh untuk meet up?"
"Bawa postcard, pen, cop, sticker, mashi tape, setem dan gam..." begitulah pesan Kak Nurul. Otai postcrosser.
Ya, inilah pertama kali Kak Ida join meet up postcrossing. Blurr sungguh. Kah!
Kami berjumpa di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. Rupa-rupanya ada yang datang dari Singapura. Fuh!
Kami berkumpul di bilik yang disediakan di Tingkat 2.
"Jangan termenung. Nah sign..."
Ha? kus semangat melihat bilangan postcard masing-masing. Kak Ida ingatkan beberapa keping sahaja.
"Ni sikit... kalau meetup kat KL, mahu beratus-ratus keping..."
Postcard postcrossing meet up Johor Bahru.
Inilah Kak Newrule. Otai postcrosser Malaysia. Fuh, pengalaman yang dia ada bukan kaleng-kaleng.
Patutlah dipesan bawa cop. Kalau sign, mahu terus lembut jari-jemari Salleh!
Alhamdulillah, Kak Ida dapat berjumpa Christina, designer postcard Johor. Esok akan dikeluarkan design postcard Johor 2.0.
Terima kasih Kak Nurul atas segala tunjuk ajar. Seronok sangat!
"Hobi Menyatukan Masyarakat"
Jumpa kita dilain kali. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment