Monday, January 2, 2023

Meet up di Pejabat Pos Besar, Johor Bahru

"Karnival cop-cop"

Meriah GPO JB tengahari tadi bila kami membuat meet-up sempena Tahun Baru 2023.

Si dia sebelum ambil anak-anak di sekolah, si dia menghantar Kak Ida dulu ke GPO. Selesaikan dulu kiriman FDC Cendekiawan untuk Kak Masni dan juga cop untuk sampul sendiri.

Orang pertama yang sampai adalah Sir Ramesh. Kami bertanya khabar dan bertukar cerita.

Kemudian, Sir Chung Kay Ho dan isteri sampai.

"Ada yang dah sampai ke?" tanya Dr Azlan.

Complete! Hehehe...

Tengahari ini Sir Chung Kay Ho berkongsi ilmu filateli tentang "cross date" iaitu 31/12/2022 & 01/01/2023.

Terima kasih si dia, bantu designkan poskad untuk meet up. Tanda ingatan untuk #rakansehobi yang datang hari ini. 

Cukup istimewa poskad ini sebenarnya. 

"Kenapa tarikh 32 Ida?" tanya Dr Azlan. 

Tergelak Kak Ida bila mendengar pertanyaan Dr. Ingatkan tiada siapa yang perasan. 

"Tema cross date Dr. Memang sengaja disilapkan..." 

Kami berempat sempat merancang projek yang akan dilaksanakan pada tahun ini. 

"Insya Allah Dr, kita kasi jadi!" sebelum kami berempat bersurai. 

Thank you Sir Ramesh D Ponnayah dan Dr Azlan atas kesempatan waktu yang ada. 

Kita jumpa lagi. 

"Hobi menyatukan masyarakat"

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my