Friday, January 13, 2023

Appreciation Post untuk rakan sehobi

Alhamdulillah,

APPRECIATION POST

Setelah beberapa hari peti pos kosong.

Terima kasih Kak Zailintun Jaafar untuk swap cover Perahu Traditional di Malaysia dan RM 1.30. 

Poskad ucapan tahun baru 2023 dari Kak Khazanah Malaya. Tulisan itu mahal seninya.

Poskad 5 o clock dari ratu poskad, Kak Mazlina Mohd Yusof . Lepas ini, Ida cuba punctual untuk balik awal dan sangkut masalah kerja di pintu pagar. Tanggungjawab awal tahun 2023 memberi tekanan yang bukan kaleng-kaleng. 

Poskad bunga ros dari Putri Nurfariza Ahmad Darji . Terbau-bau harum bunga ros dalam peti pos Kak Ida. Terima kasih dik.

Poskad Mabul Island dari Kak Kamariah Abu Bakar . Tengok pulau, yes! I really need me time. Insya Allah, tunggu habis Final Exam bulan Februari nanti, Ida nak cuti! Tak sabar. Hehehe....

Thank you Chan Tha A Hing , poskad peti pos Malaysia. My favorite theme lately. Poskad ini boleh Kak Ida letak di rak display.

Poskad Greeting from Putrajaya dari Nizam Nazira . Ya Allah, teringat Pak Yeop Laksa Utara di Putrajaya. Setiap kali Kak Ida turun ke sana, pasti tidak lepaskan menikmati semangkuk laksa. Cuma tidak pasti, ada lagi ke tidak kioks itu selepas PKP hampir dua tahun.

Poskad Happy Girl dari Kak Serikandi Perak . Cute betul little girl ni.

Terima kasih semua atas tanda ingatan. 

Buat masa ni, Kak Ida terpaksa hibernate sekejap untuk lepaskan final exam pada bulan Februari nanti. 

Doakan Kak Ida untuk meraih keputusan yang baik dalam semester ini.

Salam sayang,
"Hobi menyatukan masyarakat".

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my