Monday, December 12, 2022

Pengalaman ke University of Reading Malaysia

Demi assignment! Hehehe...

Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang tertangguh dapat dilaksanakan pada Isnin yang lalu. Terima kasih GFM Sdn. Bhd. kerana sudi menerima kehadiran kami untuk sesi perkongsian berkaitan fasiliti yang ada di University of Reading Malaysia.

Universiti ini terletak di Kota Ilmu, Nusajaya.

Kami berkumpul di McDonald Educity jam 2.00 petang. Sempat mengalas perut dan menikmati secawan kopi latte bagi boost tenaga.


Pertama kali jejakkan kaki ke universiti semewah ini. Rasa kagum menyelubungi diri melihat rekabentuk serta fasiliti yang disediakan di universiti ini.


Disini, kami diberi penerangan tentang water supply system, building drainage and sewerage system, air conditioning and ventilation system, lift and escalator system, electric and electrical system, fire prevention and building automation system dan lain-lain.

Sejujurnya, bangunan ini mementingkan enviroment yang baik seperti penggunaan solar, pengumpulan air hujan untuk digunakan semula dan pencahayaan semulajadi.

Best sangat!



Simpan sini untuk kenang-kenangan belajar dalam subjek Building and Maintenance Service. Alhamdulillah.

My team! 

 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my