Thursday, December 15, 2022

Mechamato Movie... Terbaik!

"Jom bang, bawa anak-anak tengok wayang nak? Ada cerita Mechamato. Orang kata best!"

Kak Ida cuba pitching idea pada si dia. 

... dan alhamdulillah, si dia bersetuju. Malam itu juga, Kak Ida terus menempah tiket melalui apps TGV. Senang terutama bab menyusun masa.

Alhamdulillah, tiket dewasa RM 19 manakala untuk anak-anak dari umur 3-12 tahun adalah RM 11. Processing fee RM 2.50. 

Kak Ida sengaja memilih jam 9.00 malam. Balik dari kerja, kami berdua bercadang untuk membawa anak-anak makan dahulu. Biar perut kenyang. Hehehe...

Selepas makan, Kak Ida bawa anak-anak berjalan di sekitar Aeon Mall Kulai. Ada "Puss In Boots". Aina mengajak untuk mengambil gambar disitu.


Cantik kan?

Tengok jam sudah hampir ke pukul 9.00 malam. Selesai di situ, si dia mengajak ke Tingkat 3. 

Bergambar kenang-kenangan bersama poster Mechamato.

Review Kak Ida, movie ni memang best.
Walaupun dikategorikan sebagai PL13, movie ini perlu dibimbing oleh orang dewasa.

Scenery berlatarbelakangkan Negeri Melaka yang ada beca, belajar silat, menggunakan senjata seperti keris.

Walaupun Mechamato ada belajar silat, tidaklah dia menggunakan kelebihan itu untuk mengajar "pembuli". 

Lawaknya tidak boring. Seronok tengok Ammar gelak bila orang sebut Mechamato itu McTomato. Hehehe...

Spoiled sikit, jangan bangun dulu ya! Tunggu sekejap ada sneak peek. 

Itu aje posting kali ini. Tata!


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my