Thursday, December 29, 2022

First Day Cover | Cendekiawan di Malaysia

What a lovely day.

"Hari ini GPO JB tutup pukul berapa?" kalut Kak Ida bila melihat jam hampir pukul 4.00 petang. Perjalanan dari Skudai ke GPO JB boleh tahan juga sesaknya.

"Saya cuba nasib di PO Taman Universiti." balas Sir Chung Kay Ho di group Whatsapp.

"Wah, ada ke?" 

Dua tiga kali Kak Ida baca PO Taman Universiti. Sebenarnya, hati macam teragak-agak juga. Ada ke FDC kat situ. 

"Ada ada, datanglah." Pakej ditepeknya sekali resit pembelian. 

Memang rezeki dapat berjumpa. Kiranya petang ini Kak Ida dapat private lesson cara menampal setem di FDC. 

"Warna biru untuk warna akademik." terang Sir Chung Kay Ho sambil menampal setem di sampul. Kak Ida hanya mampu melihat. Tidak berani hendak menganggu fokus beliau.

"Ooo... patutlah setem semua warna biru. Kenapa pilih Taman Universiti Sir?"

"Sebab perkataan UNIVERSITI. Tokoh ini cendekiawan universiti" 

"Kita jangan tampal setem di hujung... tampal tengah-tengah." Fuh! sentap rasa hati. Kak Ida tampal setem semua dihujung sampul.

"Kenapa sir?" Mujur Sir sabar melayan setiap pertanyaan Kak Ida. 

"Sini kita nak cop bulat... bawah kita cop Johor Bahru."

"You nak cop, makan dulu. Untuk energy." tergelak Kak Ida. Sampai begitu sekali. 

... dan memang ya! Kalau kita tengok Sir cop setiap sampul itu, mahu Kak Ida makan sepinggan nasi beriyani!

Istimewanya FDC ini hasil air tangan Sir, ada K1, K2, K3 dan tandatangan pengurus PO!

"Dalam sejarah Sir, saya orang terakhir keluar dari PO!" 

Memang happening petang di PO Taman Universiti. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kisah ini.

Poskad sempena Selamat Tahun Baru 2023

Assalammualaikum semua.

Dalam keadaan kurang sihat, Kak Ida cuba untuk menulis poskad untuk #rakansehobi. 

Kak Ida hantar secara rawak tanda ingatan. Ada rezeki, Insya Allah, Kak Ida akan hantarkan lagi poskad untuk semua.

Design ini direka sepenuhnya oleh si dia. 

Besar harapan Kak Ida, poskad ini selamat tiba di tangan masing-masing. Insya Allah.

Sunday, December 25, 2022

Kad NFC Touch 'n Go sudah sampai

Yeay, 

Alhamdulillah...

Finally my NFC Touch & Go 2022 sudah sampai di tangan.

Fuh! Boleh tahan juga harga untuk sekeping kad ini.

Ok, ramai yang tertanya-tanya, apa kelebihan NFC Touch & Go ini,

" Touch n Go memperkenalkan siri kad baharu dengan ciri terkini Near Field Communication (NFC). Teknologi NFC ini membolehkan penghantaran data secara wireless melalui aplikasi Touch n Go e-wallet (peranti terpilih) tanpa perlu ke kiosk tambah nilai."

Nah... patutlah!

Kad ini berwarna biru dan merah jambu. Comel sangat-sangat.

Terdapat cara memaut dan menambah nilai kad TNG ini.

1. Klik ikon "TNG Card"

2. Masukkan butiran kad TNG kita secara manual atau menggunakan fungsi imbasan untuk mendaftar. Untuk pendaftaran secara penggunaan fungsi imbasan, sentuh kad TNG kita di belakang telefon bimbit.

Ini secara manual.

3. Selepas kad TNG kita berjaya dipautkan kepada eWallet, kita boleh menambah nilai kad TNG dengan menekan butang "Reload".

4. Yeay, kita sekarang sudah boleh menggunakan kad TNG. Paling penting, jangan lupa daftarkan kad TNG di portal Touch & Go kita.

Selamat mencuba! 

Ok, see you next posting. Tata.

Aktiviti petang...

Assalammualaikum w.b.t
Buat apa tu?

Alhamdulillah, Kak Ida sekarang dalam perjalanan pulang ke Selatan setelah seminggu bercuti.

Hilangkan rasa bosan "duduk sahaja" di dalam kereta, Kak Ida menulis satu posting. 

Ok,

Petang semalam, si dia mengemas di belakang kabin rumah. Alang-alang sudah habis meracun menjelang tengahari di "our new journey", aktiviti petang si dia mahu menyapu daun-daun kering.

Rezeki, Amir datang membantu. Dalam masa yang sama, si dia membakar pokok dan ranting kering di tempat pembuangan sampah.

Syukur, dapat juga nyamuk lari. Hehehe...

Kak Ida juga mengambil kesempatan mengambil gambar di belakang kabin. Alhamdulillah, meriah buah rambutan sedang menunggu masa untuk dipetik.

Sempat buat laporan pada mama, "Alhamdulillah, dah bersih ma..." 

Seronok mama melihat laman belakang. Tidak lagi penuh dengan daun kering.

Simpan sini untuk kenangan aktiviti petang. Insya Allah, kurang dari satu jam lagi, Kak Ida akan sampai dirumah manis. 

Doakan perjalanan pulang Kak Ida ya.

See you next posting. Tata!

Saturday, December 24, 2022

Pengalaman Indoor Skydiving di WindLab | One Utama Damansara

Are you ready kids?

Gituw...

Cuti sekolah kali ini, Kak Ida membuat keputusan untuk memberi pengalaman baru untuk anak-anak.

Yes, skydiving! 

Kak Ida sudah survey skydiving ini lebih kurang seminggu sebelum proposed idea ini pada si dia. Alhamdulillah, si dia bersetuju.

Kami buat tempahan di WindLab di One Utama Damansara. Harga untuk seorang adalah RM 89 (weekdays) RM 99 (weekend). Berbaloi? Bagi Kak Ida berbaloi untuk pengalaman anak-anak.


Sebelum itu, kena isi borang terlebih dahulu. Antaranya tiada sakit belakang yang kronik, sakit jantung dan lain-lain. Memang perlu sihat.

Ok, sebelum itu, kita ambil gambar dulu. Hehehe...

Sebelum fly, anak-anak perlu belajar sign language, pakai baju khas dan dua kali flights dalam masa 50 saat. Ada training room yang diajar oleh instructor.

Tekun masing-masing mendengar penerangan dari instructor. Alhamdulillah, anak-anak faham. 

Kemudian, terus ke bilik persalinan untuk menukar baju khas termasuk kasut, goggle, penutup telinga dan topi. Fuh, terus nampak hero dan heroin untuk misi penyelamat. Hehehe...

Simpan sini sebagai kenang-kenangan. Terima kasih WindLab. Ada rezeki, kami kesini lagi. Insya Allah.

"Terima kasih ibu! Best sangat!"

Priceless. 


Our New Journey | Bahagian Tujuh

Sempena cuti hujung tahun, kami balik ke kampung. Musim buah sekarang ni... 



Setelah siap berkemas di rumah kabin, si dia dan papa terus ke kebun. Tiga bulan tidak menjenguk. Rumput pun sudah naik.

Perancangan sepanjang kami di sini adalah memotong pokok yang reput, memesin rumput dan sehari sebelum balik, si dia mahu meracun. Selepas ini, kami akan lebih jarang balik kerana terikat dengan komitmen di Johor Bahru.

Target kami selepas ini, kami mula mahukan proses sulaman. Menanam semula pokok-pokok. Insya Allah. 

Doakan kami ya. Insya Allah.

Pengalaman ke Central Market | Pasar Seni

#throwback

"Jom, kita pergi CM nak?" 

Fuh, bercahaya mata Kak Ida mendengar pelawaan si dia.

"Abang nak drive atau naik LRT aje? Kalau nak naik LRT, bagi Ida masa study jalan dulu..."

Nah, selepas ambil stok Qaseh Gold, Kak Ida terus buka map. 

"Central Market dekat dengan LRT Pasar Seni. Parking ada kat Setiawangsa atau Jelatek." 

Memang tidak jauh beza pun antara dua stesen ini. Ternampak Jelatek, kami terus buat keputusan untuk parking disini.

Tambang RM 2.90 untuk seorang. Parking pula RM 4 untuk sehari. Memang berbaloi sangat lebih-lebih lagi tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari parking di Kuala Lumpur. Hehehe...

Sampai ke Pasar Seni, ya ampun. 

Jambatan ini ke Muzium Kesenian Islam, Taman Burung, Masjid Negara dan lain-lain. 

Jambatan yang satu lagi ke Bangunan Dayabumi dan Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Central Market tidak jauh dari stesen.

"Err abang, nanti singgah Pejabat Pos nak?" 

"Kita pergi dulu CM dulu. Ida nak cari apa kat CM?"

Kah! 

Menggeleng kepala si dia bila melihat Kak Ida menonong ke kedai poskad LokaMade. Rambang mata dibuatnya. 

Alhamdulillah, disitu ada sudut menulis poskad untuk main cop-cop. Sempatkan diri menulis "Dear Myself" dan hantar kepada #rakansehobi. Tidak lupa, koleksi keychain postbox. Cantik untuk kenang-kenangan.

Seronok di CM sebab banyak aktiviti yang boleh dibuat. Selepas ini, kita bawa anak-anak pula. Insya Allah.

Save the best for last, ambil gambar kenangan dengan abang posmen yang duduk di luar CM. Hehehe...

Sempat pergi ke Pejabat Pos? 

Of course! 

Cuma tidak sempat untuk mengambil gambar sebab leka melihat koleksi setem yang ada disitu. 

Pengalaman anak ketika musim buah di Jelebu

'Buk'

"Ibu! ada durian jatuh!" jerit Aina dari luar kabin.

"Ambillah. Cuba belajar pegang durian macam mana..."

"Aina tak berani. Tajam..." 

"Jom Aina, Ailah ajar. Semalam ibu dah ajar Ailah pegang durian..."

Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak merasa pengalaman musim buah selepas dua tahun PKP. 

Psst, kegemaran Adilah, petik rambutan dari pokok dan terus makan. 

Pengalaman cukup mahal bila cucu dapat menikmati hasil yang ditanam oleh atuk dan uwannya. 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my