Alhamdulillah,
Selepas menyantuni Program Lawatan PUSPANITA JUPEM Johor ke Yayasan Warisan Johor, Kak Ida mengambil kesempatan untuk "me time" di Pejabat Pos Besar, Johor Bahru.
Hari ini, adalah tarikh keluaran First Day Cover (FDC) untuk "Perahu Tradisional di Malaysia".
Keluaran kali ini ada denominasi 30 sen, Kak Ida mengambil peluang untuk memborong!
Puas hati betul dengan keluaran kali ini.
Dalam masa yang sama, Kak Ida mengambil peluang untuk menulis poskad sempena giveaway tempoh hari. Istimewanya kali ini, Kak Ida copkan sekali postmark dari Johor Bahru.
Comel sangat!
Ini dia hadiah giveaway untuk 10 orang yang terpilih. Gambar bertemakan perahu yang berlatarbelakangkan Kuala Sepetang, Perak dan Sungai Besar, Selangor.
Itu dia! Lenguh jari-jemari Salleh! Hehehe...
... dan ini hasilnya setelah disusun di PCCB. Another collection for this year. Alhamdulillah.
Ok, sampai sini dulu. Insya Allah kita berjumpa lagi di next entry. Tata!
No comments:
Post a Comment