Monday, July 25, 2022

Ammar Sayang...

Pranggg...

Sudah. Kak Ida tengah sibuk di depan bila terdengar bunyi pinggan berderai jatuh ke lantai.

"Minta maaf ibu. Ammar tak sengaja..."

Sudahlah emosi dan fizikal Kak Ida penat sangat hari ini.

Tetapi itulah, bila si anak lembut mengucapkan perkataan maaf, mulut ini seolah-olah terkunci.

Teringat pesan Ustazah Asma Harun, baca sahaja doa ini bila ditimpa kesedihan, musibah atau perasaan dukacita,

"Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali."

"Sudah, Ammar basuh tangan. Terus naik ke atas. Nanti ibu kemas. Sekarang ni ibu tengah ada kerja nak buat." 

Laju si anak berlari ke atas. 

Baru capai laptop, terkedek-kedek si Aina turun untuk makan malam pula. Allahu, bertabahlah ibu. Kaca belum dikemaskan lagi. Kang terluka, satu hal pula. 

Sudahnya, tangan ini capai penyapu, pujuk lagi diri supaya bersabar melayan emosi yang letih. Bukan isu ralat pinggan itu pecah, sekelumit rasa pun tidak. Kak Ida lagi ralat jika anak terluka. Alhamdulillah, Allah lindung mereka. Itu pun sudah seribu kesyukuran.

"It's ok not to be okay."

Friday, July 15, 2022

Cerita Hari Ini

Sejenis kegigihan hari ini. Menyantuni beberapa temujanji.

Dalam kekalutan menjawab emas yang turun RM 4 dari semalam, tengok-tengok jam sudah menunjukkan jam 9.30 pagi. Buka Waze, ngam-ngam kita akan sampai jam 10.20 pagi ke Taman Molek.

Bergegas Kak Ida bersiap dan mencapai barang untuk COD IVMist di Taman Selesa Jaya. Kalau boleh nak selesaikan hari ini juga memandangkan esok Kak Ida ada final exam.

Syukur, Kak Ida sampai di Public Gold jam 10.22 pagi. Jalan clear. Mungkin hari cuti, tidak banyak kereta.

Terus Kak Ida selesaikan beberapa urusan #SahabatEmas. 

"Kak, ini sijil achiever."

Ya, Kak Ida terlupa langsung tentang sijil ini. Alhamdulillah, pemangkin semangat untuk teruskan menyebarkan manfaat menyimpan emas. 

Selesai semua urusan di Public Gold, Kak Ida terus membuka Waze untuk ke Taman Selesa Jaya. Perjalanan ke sana memakan masa 32 minit. Allahu, demi sesuap nasi. 

Selesai COD IVMist, Kak Ida mengambil keputusan untuk menempah rubber stamp di Taman Universiti. Alang-alang keluar, kita  selesaikan semua urusan ByKamilia. Tidak mahu bertangguh.

Dalam perjalanan balik, Kak Ida merancang untuk membeli di Grab sahaja. Mahu belanja anak-anak nasi ayam. Satu lagi, tidak mahu berpenat. Malam ini harus memulun.

Terima kasih anak-anak. Memahami kesulitan ibu untuk minggu ini. Insya Allah, lepas ini akan "berehat" dua minggu sebelum sambung semester pendek pula.

Terima kasih atas doa kalian.

Thursday, July 14, 2022

Healing Scratch Postcard

Sekarang pantang pergi ke mana-mana, pasti mencari poskad.

Rezeki, terjumpa di Mr DIY "Healing Scratch Postcard".

Konon nak borong untuk swap bersama rakan sehobi, malangnya, itu sahaja yang tinggal. Berhuhu Kak Ida di depan rak alat tulis itu.

Cantik kan?

Sudahnya, Kak Ida membuat giveaway tiga keping poskad ini kepada yang bertuah.

Tahniah Kak Ida ucapkan kepada Tuan Jamal Salleh, Tuan Meor Mahadzir dan Cik Nurul Wahida kerana bertuah memiliki poskad ini.

Untuk Tuan Jamal, poskadnya adalah Qinidian Dian. Qinidian is located in the north of the temple of heaven in Beijing, formerly known as day dayi.Ming jianjing 24 years (1545) into the triple round hall, named "big hall". After the renovation in the 16th years of emperor qianlong's reign (1751), it was renamed "qinidian". The fifteenth year of the reign of emperor guangxu (1889) was destroyed by thunder and rebuilt as it was a few years later. 

Poskad untuk Tuan Meor adalah The Tiananmen Square. Tiananmen Square is located in the center of the capital of the People's Republic of China in Beijing, the southern trip of the imperial palace, Tiananmen Square and the people's heroes monument, chairman MAO memorial hall, the great hall of the people, the national museum of China on the other side of the chang an avenue, covers an area of 4800 square meters, with outstanding architectural art and special political status as the world attention.

Poskad untuk Cik Nurul Wahida pula bertemakan Arc The Triomphe. The design of the DE Triomphe was xia gelang and lai meng, because of disagreement, lai meng resigned two years later, so the arc DE Triomphe finally according to the design of xia gelang completed. The French national centre for monuments is responsible for the maintenance and management.

Nantikan giveaway yang seterusnya. Insya Allah.

PSG 1/2022 : Pentingnya bermain untuk anak-anak berkeperluan khas

Alhamdulillah,


Alhamdulillah,

Buat julung kalinya selepas dua tahun pandemik Covid-19, Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa (GIAT) akan menganjurkan Parents Support Group (PSG 1/2022) dengan tajuk Pentingnya bermain untuk anak-anak berkeperluan khas.

PSG 1/2022 ini akan berlangsung di Bilik Seminar 1 & 2, Bangunan Ixora, Hospital Permai, Johor Bahru.

Kali ini GIAT membawakan khas Puan Siti Noraisikin Mohd Jazuli, Occupational Therapy dari Indebrain Occupational Therapy.

Link pendaftaran di SINI: https://bit.ly/3yhtlfv 

Bayaran untuk ahli GIAT hanya RM 10, manakala bukan ahli GIAT adalah sebanyak RM 20 sahaja. Cukup affordable untuk mereka yang mahu menambah ilmu.

Ok semua, jangn lupa klik link diatas untuk mendaftar. 

Cerita Korban 1443H

Salam AidilAdha buat semua.

Alhamdulillah, hari ini menyantuni Majlis Korban Surau Al Falah, AU4. 


Sebanyak 12 ekor lembu dan 10 ekor kambing akan dikorbankan hari ini. 

Giliran papa, mama dan Amil adalah Kumpulan 2. Alhamdulillah, tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu.

Satu yang Kak Ida belajar hari ini, adab memisahkan lembu lain ketika disembelih.

"Pada anak muda, boleh sama-sama bantu pegangkan kanvas. Ibadah korban tahun ini kita akan cuba sehabis baik mengikut syariat dalam Islam." itulah kata-kata pengerusi majlis.

Ini bermakna, lembu di atas lori terlindung dari melihat lembu yang akan disembelih. 

Indahnya adab dalam Islam. 

Selepas disembelih, ahli kumpulan akan mula melapah.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Allah permudahkan urusan korban untuk tahun ini. Insya Allah, tahun depan kita sudah boleh memasang niat dan berusaha dengan menyimpan duit dalam RM 80 sebulan sahaja. 

"Mengikut sunnah nabi, pembahagian daging korban kita tak timbang..." mama berkongsi cerita ibadah korban ketika Kak Ida membantu mama membersihkan daging di dapur.

Ha? Habis tu?

"Mana yang muat kita ambil pada tangan, itulah daging itu yang kita ambil."

Panjang ooo Kak Ida bila mendengarnya sambil cuba membayangkan berapa daging yang kita boleh ambil dengan tapak tangan.

Nah, at least ada cerita baru yang boleh Kak Ida kongsi. 

Ok semua, jumpa lagi next entry. Tata.

Ceramah Pemakanan Sihat dan Taklimat serta Pemeriksaan Kesihatan PUSPANITA JUPEM Johor

Hari ini menyantuni Ceramah Pemakanan Sihat dan Taklimat serta Pemeriksaan Kesihatan anjuran Biro Sukan, PUSPANITA JUPEM Johor.

Sepatutnya, Kak Ida perlu menyantuni Mesyuarat MTSU di JKR Nusajaya, tetapi keadaan kesihatan Kak Ida masih tidak mengizinkan.

Seawal jam 9.00, Kak Ida turun ke Dewan Iskandar Puteri. Tugas Kak Ida kali ini sebagai usher kepada penceramah yang datang.

Ketika menyambut ketibaan Dr Vidya Vijayan, soalan pertama yang Dr tanya,

"Eh you! You dah sihat?" 

Sebenarnya, Dr Vidya banyak mengambil kes Kak Ida bila ke KK. Begitulah detik perkenalan kami berdua... 

"Bila Dr tanya ni, I terus rasa sihat... I bukan apa, risau Dr nak I admit wad. Nak raya ni..."

Tergelak Dr Vidya mendengar jawapan Kak Ida. 

"Take care of yourself ok? Cuaca pun tidak menentu sekarang."

Kak Ida mampu menganggukkan kepala. Terima kasih Dr atas pesanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Puan Saedah Sabli. 

Besar harapan kami, semoga majlis kita pada pagi ini berjalan dengan lancar.

Taklimat pertama disampaikan oleh Encik Zaid bin Ramlan, Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Memang insaf melihat beribu-ribu kalori yang masuk ke dalam badan. Adududu...

Kemudian, Dr Vidya mengambil tempat untuk menyampaikan ceramah berkaitan kanser terutama wanita. Antara kansernya ialah kanser payudara, kanser rahim, kanser serviks dan lain-lain lagi.

Seterusnya, Sister menerangkan cara-cara untuk mengambil sampel untuk ujian saringan.

Kak Ida ambil keputusan untuk membuat ujian saringan HPV. Demi kesihatan diri sendiri.

Tahniah juga kepada tujuh ahli PUSPANITA yang turut membuat saringan HPV. Semoga keputusan yang diterima baik-baik sahaja.

Teringat kata sister, jika lelaki sakit, yang bergerak hanya mata dan mulut sahaja, tetapi bila wanita tidak sihat, ia boleh membuatkan keadaan menjadi lebih rumit kerana tanggungjawab yang perlu ditanggung.

Thank you Dr for having us! Terima kasih Sister kerana banyak berkongsi ilmu terutama cara membuat saringan kanser payudara dan pap smear.

Jangan serik ya! 😍

Thursday, July 7, 2022

First Day Cover | 50 Tahun Bandaraya Pertama di Malaysia

Salam bloggers,

First Day Cover keluaran 07.07.2022 sempena 50 Tahun Bandaraya Pertama di Malaysia.

Kali ini denominasi yang dikeluarkan adalah RM 1.50, First Day Cover dan folder.

Tiada miniature sheet untuk keluaran kali ini. 


Sunday, July 3, 2022

Yayasan Warisan Johor | Pameran Alon-alon

Selepas menyatuni program lawatan di JARO, kami bergerak ke Yayasan Warisan Johor bagi menyantuni program seterusnya iaitu Pameran Alon-alon.


Pameran ini mempamerkan hasil lukisan pelukis tersohor tanah air iaitu Tuan Roslan Idris, Raymond Koh dan Tuan Norazlan Ahmad.


Pameran ini telah dirasmikan oleh Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Yayasan Warisan Johor.


Apa maksud Alon-alon?

Menurut Kamus Bahasa Melayu Edisi Keempat, definisi Alon-alon di dalam Bahasa Jawa ialah lambat-lambat, perlahan-lahan. Maksudnya, setiap lukisan ini dilukis secara perlahan-lahan sehingga siap. Begitulah...

Kak Ida kongsikan hasil lukisan yang dipamerkan disini.









Paling menarik perhatian Kak Ida adalah arca ini. Lukisan ini membawa maksud, tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul terutama pihak yang membuat keputusan.


Jumpa di entry Galeri Tenun Johor selepas ini. Tata.

Saturday, July 2, 2022

Pertandingan Bowling Zon Pulau Aur

Hari ini menyantuni Pertandingan Bowling Zon Pulau Aur yang telah berlangsung di Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru.



Tidak sah kalau tidak menang bergambar. Kan? 

Jadi, sebelum pertandingan dimulakan, kami mengambil gambar kenang-kenangan bersama ahli Zon Pulau Aur. Kali ini, seramai 27 orang yang mengambil bahagian.

Selesai bergambar, kami diarahkan untuk mengambil kasut dan memilih bola yang bersesuaian sebelum ke lane masing-masing.


Program ini tamat jam 12.30 tengahari. Kami membuat keputusan untuk makan di Marrybrown sebelum pulang ke pejabat untuk aktiviti penyampaian hadiah.

Tempat ke 22 keseluruhan. Hehehehe...

Muka-muka juara. Boleh dicalonkan untuk menjadi wakil PESUMA akan datang di Pahang nanti. 

Di kesempatan ini, Kak Ida ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada urusetia dan penaja yang bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. 

Insya Allah, kita akan berjumpa lagi dengan aktiviti yang lain selepas ini. Tata!

Selamat Hari Kita abang...

"Selamat Hari Kita abang".

Alhamdulillah, 15 years and countings!

Syukur, Allah tuliskan jodohku bersama si dia di Luth Mahfuz.


Untuk meraikan hari istimewa kami berdua, si dia membawa Kak Ida ke Skybar, Hotel Jen, Nusajaya. 

Menariknya view di sini adalah hotel ini berdekatan dengan marina yang menempatkan kapal-kapal mewah berlabuh.

Skybar ini terletak di Tingkat 3 yang bersebelahan dengan kolam renang. Sebenarnya, ada ruang untuk candle light dinner, cuma ia perlu ditempah lebih awal. Sejenis kami berdua membuat sesi terjah, begitulah... Hehehe!

Kak Ida memilih beef lasagna dan si dia menikmati chicken chop dan soup mushrooms garlic bread.

Lagi heaven bila dapat menikmati secawan kopi latte. Memang wow sangat. 

Dessert pilihan terakhir si dia adalah kek tiramisu. Ya, sejujurnya kek tiramisu ini banyak meninggalkan kenangan indah dalam hidup kami berdua.

Sebelum makan, si dia membacakan doa agar rumahtangga yang dibina ini dalam mawaddah dan dibawah lembayung rahmat Allah s.w.t.

Terima kasih abang for this treat. Kak Ida sendiri masih belum boleh move on. 

After dinner, kami berdua membuat keputusan untuk mengambil gambar kenang-kenangan. 

... si dia mengakhiri Hari Kita dengan kejutan bouquet. 

Alhamdulillah, terima kasih si dia kerana menerima setiap kekurangan dan melengkapi setiap kelemahan Ida. 

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my