Monday, May 31, 2021

Malaysia 100 Juta Langkah menentang Rasuah

Alhamdulillah, malam tadi baru berkesempatan untuk mengemaskini larian 100 juta langkah menentang rasuah.

Malaysia 100 Juta Langkah menentang Rasuah adalah acara CSR yang dianjurkan oleh CheckPointSpor dengan kerjasama gerakan Rasuah Busters. Acara ini memberikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan solidariti bagi menentang budaya rasuah di negara Malaysia tercinta.

Acara ini juga mensasarkan 10,000 rakyat Malaysia bagi mengumpulkan 100 juta langkah dalam masa 30 hari. Setiap langkah akan mewakili usaha kita dalam membanteras budaya rasuah.

Ini kerana perubahan bermula dari DIRI KITA SENDIRI. Sekiranya kita berpendapat rasuah merosakkan negara kita, dan ingin membuat perubahan bersama dengan semua rakyat Malaysia, jangan teragak-agak untuk sertai acara ini. 

Daftarkan diri dan keluarga kita untuk menjadi sebahagian daripada gerakan menentang rasuah. Penyertaan adalah PERCUMA!

Jom daftar di www.checkpoint.asia/event/100juta

Syukur sangat-sangat, akhirnya Kak Ida berjaya juga mendapat Sijil Emas iaitu mesti menamatkan larian sebanyak 50,000 langkah.




No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my