Monday, May 17, 2021

Survival skill | Makan maggie

Balik kerja, menggigil lapar. Nak masak untuk makan malam, macam awal lagi. Kalau boleh yang nak cepat dimasak.

Jenguk rak, alhamdulillah. Ada dua pek maggie perisa kari, tiga pek perisa sup ayam.

Kecur terus air liur. Lama betul tak makan.

Nah, jerang kuali terus. Masukkan air dalam empat cawan. Tidak mahu kuah terlalu pekat. 
Masukkan tiga pek mee, dua pek perencahnya.
 
Eh, macam ada sayur sawi di Kebun mini teres . Kak Ida ke depan, gunting, basuh dah terus masukkan sayur ke dalam kuali. Segar! 

"Ibu, Ammar nak egg."

"Aisyah pun."

Mmm... ibu pun nak juga... 

Keluarkan empat biji telur dalam peti ais. Kak Ida pecahkan telur satu persatu, masukkan ke dalam mangkuk dan curahkan ke dalam kuali.

Telur direneh dengan api perlahan. Pastikan kuning telur tidak terlalu masak. 

Siap! 

Cedukkan setiap seorang semangkuk.

Berebut-rebut anak menikmati maggie kari panas-panas. Istimewanya mangkuk Kak Ida ada telur kuning separuh masak, sayur dan KIMCHI! Sedap wooo... 

Alhamdulillah, dapat juga mengalas perut yang kelaparan. 

Maaf kalau teracun ya. 



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my