Sunday, September 9, 2018

Jalan jalan Kluang | Kluang Coffee

Hari ini si dia plan untuk bawa kami sekeluarga jalan-jalan ke Kluang. Ingin mendekati Bandar Kluang dengan lebih dekat.

Sebelum itu, kami menikmati makan tengahari di Kari Kambing 40 hari yang terletak di Ayer Hitam. Ya Tuhan, ramai sangat umat manusia makan disini. Kebetulan pula, hari ini cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, itu yang lagi ramai orang yang datang.

Pada awalnya, mahu sahaja batalkan hasrat. Tetapi, sudah alang-alang pula kan, Kak Ida buat keputusan untuk berpusing semula. Ngam-ngam dapat parking didepan restoran ini.

Syukur alhamdulillah.



Hampir dua jam setengah kami "tersadai" disini. Alhamdulillah, dapat juga menyantuni selera anak yang sulung yang sangat suka makan disini. Huhuhu

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kluang.

Kluang ini merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang ditengah-tengah Negeri Johor. Ia terletak di 105km di utara Johor Bahru.

Nama Kluang ini berasal daripada perkataan Melayu iaitu "Keluang" yang merupakan sejenis haiwan besar ataupun kelawar buah. 


Lawatan pertama kami ke Kluang ialah Kluang Coffee. Kopi Kluang adalah antara kopi yang sangat popular di Johor yang merupakan salah satu tarikan pelancongan ke daerah ini.

Malah Sultan Johor juga pernah merasai sendiri kesedapan kopi keluaranKluang iaitu Coffee Cap Televisyen.







Nama kopi "Cap Televisyen" itu sendiri membawa maksud yang sangat bermakna dan menggamit memori. Lihat sahaja televisyen (yang diletakkan di ruang galeri pameran di kedai ini).

Cap Televisyen ini tercipta pada zaman 60-an iaitu zaman yang sama penciptaan televisyen. Ketika itu, memang tidak banyak TV yang ada. Kiranya, kalau ada TV dirumah pada zaman itu, bermakna orang itu memang golongan "have-have".

Rumah itu akan dijadikan "pusat berkumpul" untuk mereka bersama-sama menonton televisyen. 

... dan dari situ, founder mendapat nama. Bila berkumpul beramai-ramai, mereka akan menikmati kopi yang dicecah bersama biskut kering.


Di satu sudut, penuh dengan artikel dan keratan akhbar berkenaan Kluang Coffee ini.



Paling menarik perhatian Kak Ida adalah sudut Brew 1966. 

Nah, kita boleh merasa pelbagai jenis kopi sama ada Latte, Caramel dan lain-lain disini dengan harga yang cukup berpatutan.


Disini juga ada sudut tester bagi mereka yang mahu merasai keenakan kopi Cap Televisyen. Ada dua jenis kopi iaitu kopi susu dan kopi O. 

Kopi Kluang adalah campuran Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Kopi Liberika.


Nampak? Ada juga biskut kering disediakan di setiap meja. Memang menggamit kenangan terutama bagi "orang lama".



Kak Ida cadangkan untuk mereka yang peminat kopi boleh merasai kesedapan kopi dari Kluang Coffee ini. Memang berbaloi!


Salah satu jenis kopi yang ada dalam ramuan kopi Cap Televisyen.

Seterusnya kita ke [Laman Kreatif Kluang]

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my