Friday, September 28, 2018

Homeschool | Making Pizza

Hari ini Kak Ida menyantuni satu lagi program homeschool anak-anak dengan tajuk Making Pizza, di Domino's Pizza Taman Sri Pulai Perdana 2.

Seawal pagi anak-anak sudah bangun dan mereka cukup bersemangat dengan program yang telah ibu susun.

Seawal 9.00 pagi Kak Ida sekeluarga telah sampai. Penganjur program kali ini adalah dari Arkidtech.



Seronok tengok gelagat anak-anak yang tidak sabar menghasilkan pizza sendiri.


Terima kasih si dia, kerana sentiasa menyokong aktiviti yang melibatkan anak-anak. Hugs and love you so much! (ehem...)


Sebelum masuk dapur, anak-anak perlu memakai topi untuk menutup kepala. Kebersihan POKOK utama dalam pemprosesan makanan ya anak-anak.




Tempat pertama yang kami masuk adalah bilik penyimpanan doh pizza, sayur dan stok makanan basah. Kus semangat. Sejuk weh bilik ini. Menurut kata pengurus Domino's Pizza, suhu bilik ini mencecah suhu 3 darjah celcius.


Seterusnya kami ke tempat penyediaan pizza. Nampak serbuk berwarna kuning tu... haa... itulah tepung jagung.



Anak-anak dipecahkan kepada tiga kumpulan memandangkan dapur agak kecil. 


Sos diletakkan di atas doh pizza yang telah dileperkan dan digaul bersama dengan tepung jagung.



Kemudian, anak-anak menyusun kepingan ayam atau daging diatas sos tersebut.

Paling menggugat selera Kak Ida adalah cheese! Kus semangat....



Excited betul Adilah dan anak-anak menyusun atur pizza masing-masing.


Selepas itu, kita masukkan dalam oven untuk dibakar. Tempoh membakar pizza adalah lebih kurang 8 minit. Menurut kata pengurus Domino's Pizza, sekeping pizza mesti siap dalam tempoh 15 minit (termasuk sekali pengiraan bagi delivery untuk memastikan pizza kekal panas ketika sampai di tangan pelanggan). Memang wow!



Tadaa.... pizza yang telah siap dibakar.


Pizza dimasukkan ke dalam kotak.


Sambil menunggu pizza dibakar, anak-anak menghabiskan masa membuat satu lagi aktiviti iaitu simulasi membuat pizza.



Pizza Aisyah.


Pizza Aina.


Pizza Ammar.


Pizza Adilah.


Inilah kakak pizza yang membawa kami road tour di situ. Terima kasih dik kerana sudi membawa kami disitu.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my