Sunday, October 1, 2017

Rojak Ah Hong

Rojak Tan Kee.

Menu minum petang Kak Ida. Lapar tetapi selera tidak pula ke nasi. Huhuhu

Otak pula agak tepu dan sarat dengan Gelombang Oren Qaseh Gold Junior yang akan melanda bulan 12 nanti.

Mana taknya, perancangan perlu disusun dari sekarang terutama website www.ByKamilia.com

Ok, berbalik pada menu petang Kak Ida, bukan rojak buah seperti kelaziman.

Tetapi rojak ini terdiri daripada char kuew, timun, tauge, sengkuang dan nanas.

Minuman kegemaran Kak Ida semestinya teh tarik (kurang manis).


Memang rasa tidak berubah dari dulu. Katanya kedai ini bermula dari ibu Ah Hong. Jadi korang mesti boleh mengagak sudah berapa lama kan?

Sekarang, Kak Ida lihat, anak-anak Ah Hong pula mula belajar selok-belok bisnes dari ayahnya.

Itulah bisnes orang Cina. Generasi demi generasi.

Insya Allah, akan Kak Ida praktikkan pada anak-anak Kak Ida pula untuk mewarisi bisnes yang Kak Ida buat.

Ok, Kak Ida mahu menjamu selera dulu.

See you for another entry.

Love love,
Kak Ida


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my