Tuesday, October 10, 2017

Hari Semakan Buku Perkhidmatan

Yeay, hari ini Hari Semakan Buku Perkhidmatan di pejabat Kak Ida. Bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung Puteri, JUPEM Johor.

Hahaha... Teruja sebenarnya Kak Ida menyelak buku perkhidmatan yang WAJIB ADA untuk penjawat awam.

Selain buku ini, HRMIS juga perlu diisi (atas talian) ya.



Lihat rekod dari gaji kita tiga angka dan sekarang sudah mencecah empat angka. Alhamdulillah.

Dari sebuah buku sekarang sudah mencecah empat buku. Baru 15 tahun berkhidmat di sektor kerajaan. Ada bertahun-tahun lagi (jika dipanjangkan umur) untuk mencecah usia 60 tahun bersara wajib.

Ibarat menyelak semula kenangan demi kenangan disitu.

Apa pentingnya Hari Semakan Buku Perkhidmatan?
Penting untuk Kak Ida menyemak maklumat-maklumat yang ditulis dalam buku perkhidmatan. 

Antara yang perlu diambil perhatian adalah ejaan nama, nombor kad pengenalan, tarikh mula lantikan dalam perkhidmatan, tarikh kenaikan gaji dan tangga pergerakan gaji, cuti, petempatan dan pertukaran perkhidmatan, butiran maklumat seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tatatertib (jika ada) dan juga lain-lain maklumat penting yang lain.


Kak Ida perlu mengisi butiran-butiran dalam borang berikut sebagai tujuan perekodan.


Buku Rekod Perkhidmatan ini sangat digalakkan untuk disemak setahun sekali. Ini kerana, buku ini adalah buku paling penting jika Kak Ida ingin bersara atau meninggal dunia.

Terima kasih Kak Sue membantu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Maklumlah, kami teknikal memang tidak didedahkan sangat dengan bahagian pengurusan ini. Hihihi

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my