Tuesday, October 31, 2017

Seminar Pengurusan Anak ADHD

Apa itu ADHD? Adakah semua anak ADHD dilabel nakal? Bagaimana saya dapat membantu anak ADHD?


Ingin tahu dengan lebih lanjut, ikuti Seminar Pengurusan Anak ADHD dengan tajuk kali ini "Anakku Bukan Nakal"

Tarikh: 11 November 2017 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Auditorium Ixora, Hospital Permai. Johor
Yuran: RM20 peserta

Tempat adalah terhad!

Daftar di link: http://bit.ly/2xZ26W1

Sebarang pertanyaan @ hubungi www.wasap/my 0126357780

Mohon hebahkan.

Monday, October 30, 2017

Apa Kak Ida buat?

Alhamdulillah,

Minta maaf sudah lama tidak menulis disini.

Banyak agenda kebelakangan ini yang disusun dan perlu disantuni KPInya.

Buat masa ini Kak Ida fokus untuk menulis di blog https://qasehgoldjuniorjohor.blogspot.com/ bagi menghadapi #GelombangOren yang bakal menjelma pada bulan Disember nanti. Kak Ida fokus untuk 'mengindex'kan blog Kak Ida di google.


Selain itu, Kak Ida juga sibuk dengan www.facebook.com/Pemakanan sunnah untuk keluarga dan membrandingkan diri di facebook tentunya.

Banyak perancangan telah disusun untuk stokis, agen dan dropship bawah NASA Team Ida Kamilia.

Apa lagi?

Semestinya, Kak Ida juga sedang meneliti nota-nota untuk diselitkan di blog https://stokistamarcocoajohor.blogspot.my/.

Memang rasa tidak cukup 24 jam. Hahaha

Kak Ida mohon, sentiasa menyokong Kak Ida. Insya-Allah, kita jumpa lagi di next entry.

Kempen Banteras Jajan

Di Group Telegram We Are The Amazing Parents,

Kak Ida tertarik dengan satu poster berkenaan tentang kempen banteras jajan.


Kempen ini bertujuan untuk kesihatan yang baik adalah dari pemakanan yang sihat. Kempen ini juga menyeru untuk kita sebagai ibubapa menjadi ibubapa yang prihatin.

Friday, October 27, 2017

Bajet2018

Kak Ida kongsikan infografik #Bajet2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 27hb yang lalu.


Alhamdulillah, Kak Ida bersyukur. Ya, kita tidak akan dapat apa yang kita minta. Sekurang-kurangnya, Kak Ida harap Bajet 2018 ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat pada Kak Ida sekeluarga khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Amin amin YRA

Saturday, October 21, 2017

Trip to Bomba

Hari ini Kak Ida menghabiskan masa dengan aktiviti anak-anak.

Homeschooling Trip to Bomba, Taman Universiti, Johor Bahru. Kak Ida sanggup batalkan program bila mengenangkan Ammar yang sungguh excited dengan Fire Engine.

Seawal pagi, anak-anak sudah bersiap termasuk membawa sedikit bekalan roti untuk mengalas perut.

Wah, ramai sungguh penyertaan kali ini. Tidak termasuk ibubapa. Memang meriah dengan gelagat anak-anak TERmasuk ibubapa yang excited dengan program ini.

Kami disambut dengan kereta bomba yang gah di depan astana.



Menunggu waktu untuk berkumpul.



Mendengar taklimat dari Pegawai Bomba tentang pencegahan kebakaran.


Geng penyusuan susuibu pun ada... Selfie dulu sekeping. Hihi


Ramai kan? kan?


Kapal bomba dan penyelamat pun ada (jika banjir berlaku).


Cara menggunakan Fire Extiguisher.



Jika bomba berpakaian lengkap begini adalah untuk mengelakkan gigitan lebah dan juga menangkap ular.

Kemudian, masa untuk melihat peralatan-peralatan bomba.










Anak-anak berpeluang menaiki bomba.



Ibu pun tidak melepaskan peluang. Hehehehe



Acara basahan.

Bergambar kenangan sebelum bersurai.



Tuesday, October 17, 2017

Nasi ayam penyet

Yeay, kita makan menu Indonesia lagi.

Kali ini Kak Ida menikmati nasi ayam penyet untuk tengahari ini.

Setakat ini, inilah nasi ayam penyet yang memenuhi selera Kak Ida.

... dengan harganya cuma RM6.00/sepinggan, Insya Allah boleh kenyang sehingga malam. Hahaha.

Ok, apa istimewanya Nasi Ayam Penyet ini.

Istimewanya ada kelapa goreng yang dihiris bersama serai. Selain itu, ada juga pegaga diletakkan dalam set ini.


Nampak kelap goreng yang diletakkan pada ayam.

Sangat-sangat sedap bila kelapa goreng tadi dicampur dengan nasi.

Ok, mana nak merasai makanan ini?

Kedai ini terletak berhampiran KPJ Puteri, Johor Bahru. Mungkin kedainya tidak semenarik restoran, tetapi insya Allah, kebersihan terjaga.

Pemilik restoran ramah, servis yang cepat dan yang penting, harganya berpatutan.

Ok, Kak Ida nak sambung makan dulu. Insya Allah, Kak Ida akan review lagi kedai yang sedap. :)


Bila Allah tunjukkan sesuatu melalui anak

Kadang-kala Allah tunjukkan sesuatu melalui anak.

Ya, sesungguhnya Kak Ida adakalanya tersentak.


"Abu..." (Panggilan Adilah pada Kak Ida)

Sambil menunjukkan ayat-ayat Quran. Oh Adilah.

Bakso

Hari ini Kak Ida bersarapan bakso.

Tempat kegemaran Kak Ida jika menikmati sarapan bakso adalah di Hutan Bandar, Johor Bahru.

Antara soalan Kak Ida tadi pada sahabat manis,

"Bakso ini makanan orang mana?"

Kak Ida kongsikan disini apa itu bakso.

Bakso merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Bakso atau "baso" adalah jenis bola daging yang lazim digunakan pada masakan Indonesia. Bakso dibuat dari campuran daging sapi dan dicampur dengan tepu tapioka. Namun begitu, ada juga bakso yang dibuat daripada daging ayam, ikan atau udang.

Bakso disajikan panas-panas dengan kuah sup, yang dicampur dengan mi, bihun, kubis yang dihiris, dan ditabur dengan bawang goreng dan daun sup.

Sudah tentu ada sambal cili dan kicap atau sos sebagai penambah rasa.

Banyak jenis variasi bakso rupa-rupanya. Antaranya bakso urat, bakso gepeng, bakso udang dan pelbagai lagi jenis bakso.

Haa... inilah rupanya bakso yang Kak Ida makan.

Nampak cukup menyelerakan.


Sunday, October 15, 2017

Majlis Makan Malam PUSPANITA JUPEM Johor

Pertama kali JUPEM Johor mengadakan Majlis Makan Malam PUSPANITA untuk meraikan ahli-ahli PUSPANITA.

Majlis yang dirancang dengan masa yang cukup singkat berjaya dilaksanakan.

Tema majlis makan malam adalah "kasual menutup aurat".
















Saturday, October 14, 2017

Ekspo Johor Berkemajuan

Alhamdulillah,

Hari Khamis lalu Kak Ida berkesempatan mengikuti si dia atas urusan kerja beliau ke Ekspo Johor Berkemajuan di Nusajaya, Johor Bahru.

Ekspo Johor Berkemajuan ini telah bermula dari 6-14 Oktober 2017.

Sampai di ekspo, memang agak jauh juga untuk berjalan kaki. Mencungap juga lah... Hahaha... Mujur ada shuttle yang membawa Kak Ida dan si dia terus ke tapak ekspo. Bayaran RM 1 untuk perjalanan satu hala. Tak kisahlah, dari menapak... Hihihi

... dan dapat juga sebotol air mineral.


Sampai di tapak ekspo, Kak Ida dan si dia berpecah. Kak Ida ke tapak utama manakala si dia ke tempat program beliau. Sebelum masuk, ada pendaftaran terlebih dahulu. Kak Ida diberikan sebuah buku Johor Berkemajuan, passport dan pelan lantai tapak ekspo.


Di pintu masuk ekspo, Nah, terbentang Galeri Diraja Johor. Kereta jenis Morgan yang digunakan oleh baginda ketika Kembara Mahkota Johor gah diletakkan di pintu masuk. Seolah-olah menyambut kedatangan Kak Ida gamaknya (perasannnn...)

Di galeri ini ada ditunjukkan gambar keluarga Sultan Johor, jubah, pingat kebesaran sultan serta mahkota ketika Majlis Adat Istiadat Kemahkotaan baginda, Galeri Kembara Mahkota Johor dan lain-lain lagi.





Kemudian, Kak Ida meneruskan lawatan dengan melihat bajet-bajet yang ditelah diperuntukkan dan digunakan untuk rakyat negeri Johor dalam Johor Berkemajuan.




Setiap kali Kak Ida singgah ke booth pameran, Kak Ida tidak lupa untuk meninggalkan jejak kenangan. Antaranya mengisi buku "guest", dan juga di dinding-dinding pameran yang disediakan.





Kak Ida juga berkesempatan untuk membuat screening test dari KPJ Johor manakala ujian Pap Smear dan pemeriksaan payudara dijalankan oleh pihak LPPKN.

Alhamdulillah, kesihatan Kak Ida dalam keadaan memuaskan. Syukur.

... dan semestinya pemeriksaan kesihatan ini adalah PERCUMA! Best sangat!



Kak Ida juga cuba meluangkan masa melawat semua booth-booth pameran yang disediakan sama ada sektor kerajaan, swasta, GLC, perumahan dan lain-lain lagi. Kak Ida juga berkesempatan bertukar-tukar pendapat, perkongsian ilmu, idea dan juga mencari ruang kerjasama antara satu agensi sama lain. Banyak sangat ilmu yang Kak Ida dapat hasil dari ekspo ini.

Sejujurnya Ekspo Johor Berkemajuan memberikan impak yang sangat baik di Negeri Johor khususnya.

Rakyat juga didedahkan dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Negeri. Mungkin ada antara rakyat tidak mengetahui kemudahan-kemudahan yang disediakan.  Jadi, ekspo ini merupakan platform terbaik.

Antaranya bas muafakat Johor.

Kak Ida turut tidak lepaskan peluang mendaftar.



Selain itu, ada juga pameran yang menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran, baucar, pinjaman perumahan, skim pendidikan dan lain-lain lagi.

Mana tahu, ekspo ini akan dibuat setiap tahun. Kan?

Syukur alhamdulillah atas kenangan ini.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my