Another new stamps hunting at Tsutaya Bookstore at Aeon Tebrau Johor Bahru.
Kak Ida berjaya spot tiga station stamps iaitu Loka Made, We Love We Care dan Shachinata.
Untuk dapatkan sekeping poskad, kita perlu membeli sebarang produk We Love We Care seperti sticker, poskad, magnet dan lain-lain. Kak Ida memilih sticker "All Around The World" berharga RM 8.00
Haruslah tampal dan cop dalam buku jurnal untuk koleksi post box dan stamps.
Berlatarkan Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru. Masjid ini terletak di Bandar Dato' Onn.
Haaa... Yang ini dari Loka Made. Pendapat peribadi Kak Ida, jika mahu mulakan hobi stamps hunting boleh bermula dengan buku passport stamp. Ada tiga warna iaitu merah, biru dan hijau. Cantik untuk dijadikan koleksi peribadi. Stamp ini PERCUMA.
... Dan yang terakhir Shachinata x Kanako Okamoto. Kita kena beli sebarang produk Shchinata atau produk Artline berharga RM 20.00 dan ke atas untuk dapatkan sekeping poskad. Ada lima (5) stesen untuk lengkapkan design ini.
Tadaa... Ini hasilnya. Cantik kan?
Stamps ini ada sehingga 30 Jun 2025.
Check it out!
No comments:
Post a Comment