Alhamdulillah, tahun ini Allah S.W.T izinkan untuk si dia berkorban dan beraya di rumah mama.
Kak Ida seronok menjalani ibadah korban disini kerana cukup teratur dan bersistem. Lembu akan sampai awal pagi dalam jam 4.00 pagi di Surau Al Falah, AU4. Kemudian, lembu akan diturunkan satu persatu mengikut giliran dari lori.
Lembu akan disembelih mengikut arah kiblat dan ada anak muda yang memegang kanvas untuk mengelakkan lembu di atas lori melihat "kawannya" disembelih.
Tahun ini, (as usual) papa dilantik menjadi Ketua Kumpulan 4.
Gagah dan agresif betul lembu nombor 4.
Nah, tugas rasmi Kak Ida sepanjang masa. Ambil gambar dan video. Hehehe...
Syukur alhamdulillah. #AmmarSayang membantu dari segi mengagihkan air kepada para petugas. Cuaca cukup terik menjelang jam 10.00 pagi.
Alhamdulillah, lembu sudah selamat disembelih. Ya Allah, terimalah ibadah korban suamiku.
Masa untuk melapah.
Bangga dan seronok sungguh papa bila anak, menantu dan cucu ada untuk bersama-sama membantu melapah daging korban.
Terima kasih si dia.
Beg ini untuk diisi dengan lima (5) kilo daging, organ seperti paru, jantung, limpa dan hati serta tulang rusuk. Baki daging yang lain akan diletakkan di depan khemah surau untuk diagih-agihkan kepada kariah pula.
Inilah group papa tahun ini. Alhamdulillah. Semuanya sporting!