Thursday, February 29, 2024

Majlis Send-off dan Lambaian Kasih Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor

Hari ini menggalas tugasan terakhir mengiringi Tuan Pengarah bagi Majlis Send-off dan Lambaian Kasih.

Seawal pagi EO sudah menelefon Kak Ida untuk maklumkan tentatif hari ini. Memang padat dan cukup padat! Hehehe...

Bermula dengan Majlis Wacana Pengarah serta Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas dan Program Walkabout Pengarah Ukur di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, JUPEM Johor.

Kak Ida pantas mencatat maklumat sebelum mengemaskini Page JUPEM Johor. Nah, boleh semput! 

Seterusnya, kami ke PUD Johor Selatan dan IbuPejabat bermula Tingkat 7-9.

Nah, mujur CS follow sahaja. Sampai peringkat pasrah pun iye juga. Hehe...

Majlis diakhiri dengan ucapan alu-aluan, dendangan selawat yang diketuai oleh Tuan Haji Sabiq Haziq bin Jamaludin serta thumb print tepat jam 13.00 petang. Tanda simbolik terakhir CS di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor.

Kemudian, Kak ida bergegas ke Nusajaya pula.

Kemuncak tugasan adalah mengacarakan majlis jamuan perpindahan Tuan Pengarah di Yanalis Cafe, Puteri Harbour.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan kata-kata aluan dari Tuan Pengarah dan majlis penyampaian cenderahati.

Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup sederhana tetapi meriah.

Tidak lengkap kalau majlis ini tidak diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan.

Sekali lagi, terima kasih Tuan Pengarah atas tunjuk ajar, pengalaman, teguran, ibrah dan kenangan sepanjang saya berkhidmat bersama CS.

Again, 

Terima kasih "geng komplot". You know who you are. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my