"Ma, ada cendawan sisir kat kebun..." si dia maklumkan pada mama waktu sarapan pagi.
"Kalau nak ambil cendawan, elok pagi-pagi..."
Betullah kata orang, kita mencari rezeki seawal pagi.
Fuh, geram betul tengok daun-daun kering.
Cendawan sisir ini selalunya tumbuh selepas hujan pada batang pokok yang hampir reput. Cendawan ini elok untuk mencegah penyakit barah serviks.
Bukan mudah ya mencari sesuap nasi. Nak mendapatkan cendawan penuh satu tin pun "sangap".
Alhamdulillah, pengalaman anak-anak dapat mengutip cendawan. Mama kata, menu tengahari ini ayam goreng dan cendawan sisir masak lemak. Yeay...
Dapatlah setengah besen. Cukup untuk keluarga kecil kami. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment