Sunday, October 3, 2021

Salam Oktober

Salam Oktober sahabat blogger Kak Ida.

Alhamdulillah, menjelang bulan baru ini, Johor sudah memasuki peralihan Fasa kedua. Ini bermakna, sektor awam sudah mula bekerja 60% dari pejabat dan baki 40% Work From Home.



Pengoperasian tadika juga sudah dibuka. Alhamdulillah, jadi tiada masalah lagi untuk kami berdua untuk kembali bekerja. Syukur.

Sejujurnya, Kak Ida dan anak-anak masih dalam fasa "mengubah" rutin, setelah hampir tiga bulan bekerja dari rumah. Mencabar juga. Kah!

Hari pertama Kak Ida bekerja, dikejutkan dengan berita sahabat manis Kak Ida mengalami kemalangan di Medini Hub. Mujur sahabat mengalami kecederaan ringan tetapi kerosakan kereta agak teruk. Takpelah, paling penting, tiada kemalangan jiwa.

Petang, Kak Ida agak lambat mengambil anak-anak di taska. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tidak mengapa, adrenaline cukup tinggi. Kah!

Sampai ke rumah, dalam jam 6 petang. Terus bergegas menyiapkan juadah makan malam. Ayam masak lemak style Negeri Sembilan.

Selepas bersantap, Kak Ida mengambil peluang untuk menelefon sahabat manis. Perancangan awal, Kak Ida akan turut serta membantu team bagi sorting baju bajan untuk disumbangkan kepada Baitus Solehah, Rohigya, mangsa banjir dan mereka yang memerlukan.

"Kau datanglah..." pujuk teman.

Lihat jam menginjak ke pukul 7.30 malam, Kak Ida ambil keizinan untuk turut serta. Tidak sampai hati. Akhirnya si dia buat keputusan untuk temankan Kak Ida.

"Babe, nak apa-apa?"

"Bolehlah babe, nak kopi. Buat segar biji mata."

Faham sangat-sangat. Mereka seharian berada di luar menyerahkan sumbangan mangsa banjir di Kempas. Terkejar-kejar dan masih dalam terkejut apabila sahabat manis kemalangan pagi tadi.

"Nanti bagi aku list ya." penutup bicara sebelum mematikan talian.

Singgah ke Richiamo, Setia Tropika.


Pertama kali bawa si dia ke sini.



Yeay, air kopi untuk mereka...

Terus ke pejabat untuk membantu mengemas. Alhamdulillah, objektif malam ini tercapai. Syukur sangat-sangat. 


Jam 11.30 malam, kami bergerak pulang. Esok Kak Ida bekerja. Walaupun penat, tetapi hati puas.


Tepat jam 12 tengah malam, Kak Ida sampai ke rumah. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my