Tuesday, October 12, 2021

Alhamdulillah, Aisyah selesai dose pertama

Alhamdulillah, Aisyah selesai dos pertama hari ini.

Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.

Seawal pagi, selepas bersarapan di Restoran Zai, kami berdua terus bergerak ke PPV Taman Universiti. Temujanji Aisyah adalah pada jam 8.00 pagi.


Perlu mengisi Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid 19 dahulu.


Aisyah perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan. Cikgu pun sudah menunggu ketibaan anak muridnya di sana. Jadi. tidaklah tertanya-tanya apa yang perlu dibuat.


Kebetulan, sahabat Kak Ida ada di sana. Tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan beliau untuk bertanya khabar. 



 

Thursday, October 7, 2021

Sekeping poskad yang memberi makna.

Alhamdulillah,

We did it!

Selepas beberapa kali mengubah ayat untuk pengisian sekeping poskad yang bermanfaat. Akhirnya, sudah berada di depan mata.

Idea yang tidak dirancang dan akhirnya berjaya direalisasikan.


"ADHD adalah satu masalah perkembangan kanak-kanak di mana mereka sukar untuk menumpukan perhatian dan tidak boleh duduk diam berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya usianya. Jika tidak dirawat, ADHD boleh menyebabkan masalah masa depan termasuk kesulitan berkaitan persekolahan, pekerjaan, masalah perhubungan, penyalahgunaan bahan dan gangguan mental apabila dewasa."

Poskad ini dibuat sempena Bulan Kesedaran ADHD yang akan disambut pada 13 Oktober setiap tahun dan untuk mencipta awareness

ADHD ini sangat dekat dengan Kak Ida kerana Aina. Bukan sedikit impaknya pada diri ini. 



Alhamdulillah, telah selamat di pos kepada mereka yang terpilih. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat. Insya Allah.




Tuesday, October 5, 2021

Pertandingan Selfie Peti Pos

Ke Garisan! Sedia!! Go!

Borang Penyertaan :

(Sila hantar 1 penyertaan untuk setiap peti pos yang anda jumpa.)
Peta Peti Pos :

Jom kita Jalan-Jalan Cari Peti Pos!



Sunday, October 3, 2021

Salam Oktober

Salam Oktober sahabat blogger Kak Ida.

Alhamdulillah, menjelang bulan baru ini, Johor sudah memasuki peralihan Fasa kedua. Ini bermakna, sektor awam sudah mula bekerja 60% dari pejabat dan baki 40% Work From Home.



Pengoperasian tadika juga sudah dibuka. Alhamdulillah, jadi tiada masalah lagi untuk kami berdua untuk kembali bekerja. Syukur.

Sejujurnya, Kak Ida dan anak-anak masih dalam fasa "mengubah" rutin, setelah hampir tiga bulan bekerja dari rumah. Mencabar juga. Kah!

Hari pertama Kak Ida bekerja, dikejutkan dengan berita sahabat manis Kak Ida mengalami kemalangan di Medini Hub. Mujur sahabat mengalami kecederaan ringan tetapi kerosakan kereta agak teruk. Takpelah, paling penting, tiada kemalangan jiwa.

Petang, Kak Ida agak lambat mengambil anak-anak di taska. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tidak mengapa, adrenaline cukup tinggi. Kah!

Sampai ke rumah, dalam jam 6 petang. Terus bergegas menyiapkan juadah makan malam. Ayam masak lemak style Negeri Sembilan.

Selepas bersantap, Kak Ida mengambil peluang untuk menelefon sahabat manis. Perancangan awal, Kak Ida akan turut serta membantu team bagi sorting baju bajan untuk disumbangkan kepada Baitus Solehah, Rohigya, mangsa banjir dan mereka yang memerlukan.

"Kau datanglah..." pujuk teman.

Lihat jam menginjak ke pukul 7.30 malam, Kak Ida ambil keizinan untuk turut serta. Tidak sampai hati. Akhirnya si dia buat keputusan untuk temankan Kak Ida.

"Babe, nak apa-apa?"

"Bolehlah babe, nak kopi. Buat segar biji mata."

Faham sangat-sangat. Mereka seharian berada di luar menyerahkan sumbangan mangsa banjir di Kempas. Terkejar-kejar dan masih dalam terkejut apabila sahabat manis kemalangan pagi tadi.

"Nanti bagi aku list ya." penutup bicara sebelum mematikan talian.

Singgah ke Richiamo, Setia Tropika.


Pertama kali bawa si dia ke sini.



Yeay, air kopi untuk mereka...

Terus ke pejabat untuk membantu mengemas. Alhamdulillah, objektif malam ini tercapai. Syukur sangat-sangat. 


Jam 11.30 malam, kami bergerak pulang. Esok Kak Ida bekerja. Walaupun penat, tetapi hati puas.


Tepat jam 12 tengah malam, Kak Ida sampai ke rumah. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

Friday, October 1, 2021

Oktober, please be nice to me!

Semalam (01 Oktober 2021), pelbagai sambutan Kak Ida raikan. Semuanya memberi makna yang cukup istimewa untuk Kak Ida dan keluarga.

Walaupun bercuti, jadual Kak Ida agak padat sebenarnya.

Pagi, Kak Ida selesaikan urusan Public Gold. Menyelesaikan beberapa invoice yang perlu dibayar dan juga urusan yang tertangguh. Yeay, tepuk bahu bila semuanya diselesaikan.

Kemudian, Kak Ida ke sekolah anak-anak untuk mengisi Borang Akuan Pengisytiharan Kesihatan Murid Berkeperluan Khas sebelum kembali ke sekolah pada 10 Oktober ini.

Ya Allah, jaga mereka untukku.

Hanya Allah sebaik-baik penjaga. Lindungilah mereka dengan rahmatMU.


List seterusnya, Kak Ida singgah ke Kopi Barista di Taman Perling sebagai tanda sokongan dan sempena Hari Kopi Sedunia yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun.


Sambil menikmati kopi, kami meneruskan perjalanan untuk amanah #SumbanganPampers.

Syukur, hasil sumbangan kami dapat membeli 14 pek pampers bersaiz M dan L. Saiz yang paling "kritikal" setakat ini.

Terima kasih kepada para penyumbang. Hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran.


Waktu malam pula, Kak Ida menghadiri program Malam Gala UniKH. Bertemakan pink dan putih sempena solidariti pada sahabat-sahabat penulis yang diuji dengan kanser payudara.


Melihat teman-teman penulis memakai sanggul, terus Kak Ida mengadu pada si dia

"Ala bang, takde pula sanggul. Malam ini Ida ada malam gala sempena pembukaan semester baharu 0002."

"Ala, Ida ambil aje pedang dalam almari tu. Cucuk kat kepala. Nampak juga jadi sanggul bila tengok dalam komputer."

Huh.

Cancel terus nak pakai sanggul. Kita pakai tudung pink sahaja.



Alhamdulillah, tidak dapat memeluk Mak Sri. Kali terakhir dapat berjumpa Mak Sri adalah di Pulai Spring.

Sudahnya, dapat bergambar di atas talian pun jadilah...

Insya Allah, Kak Ida bakal menulis buku anekdot yang ketiga yang bertemakan #BKH_Jodoh.


What a long day!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my