Monday, June 28, 2021

Bila sudah mula "restless"

Hari ini agak mencabar. Anak-anak mula restless. Meragam sentiasa. Ada sahaja yang tidak kena.

Ikutkan hati, nak melepek sahaja. Tidak mahu membuat apa-apa. Semangat itu hilang sehinggakan nak melelapkan mata pun tidak boleh. 

Semenjak PdPr bermula minggu lepas, jadual #MeTime ke laut dalam. Priority adalah anak-anak dahulu. Letih emosi, fizikal dan mental.

Petang tadi, Kak Ida gunakan teknik 10 seconds rules. Tidak mudah mahu bermula bila konsisten itu sudah hilang. 

Capai kasut, paksakan diri untuk melangkah. 

"Jom Ammar, teman ibu. Dapat berjalan 10 minit pun ok." sambil melihat jam ditangan.

Gigih #AmmarSayang memimpin tangan ibu. Dapat juga dua kali pusingan sebelum menjelang maghrib.

"Malam nanti lepas makan, kita jalan-jalan lagi nak Ammar?"

"Boleh, boleh. Ammar teman ibu ya."

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit semangat yang hilang datang balik. Kemudian, bersambung Adilah dan seterusnya Aina. 

Hampir dua jam Kak Ida menghabiskan larian yang tertunggak. Santai santai sambil menikmati waktu malam. Berborak dengan anak-anak. #TerapikanDiri

Suasana cukup sunyi, lengang, tenang dan cukup mendamaikan.

Alhamdulillah, anak-anak pun sudah tidur dengan lenanya. Penat melayan ibu agaknya.




Sesungguhnya PKP kali ini sangat mencabar diri.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my