Thursday, April 1, 2021

Indahnya sakura

Alhamdulillah, dari hari ke hari, Kak Ida mahu bergambar dengan pokok "Sakura" Malaysia. Tidak jauh pokok tenoma ini, ada berdekatan dengan pejabat Kak Ida.

Pokok tecoma ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan seakan-akan bunga Sakura di Jepun. Tetapi, jika diperhatikan betul-betul, pokok ini tidak mirip langsung dengan bunga Sakura. Cuma mungkin warnanya yang hampir sama. 

Pokok ini bukan sekadar menjadi pohon teduhan tetapi sebagai penyeri di sepanjang jalan. Jika bunga ini luruh, kita dapat merasainya seperti musim bunga kerana cuaca di Malaysia yang panas sepanjang bulan Mac dan April.

Kak Ida berkesempatan mengambil gambar ini di sekitar bangunan Wisma Persekutuan dan Tabung Haji. Ada beberapa jenis warna bunga Tecoma disini iaitu putih dan merah jambu. 





Subhanallah, cantik sungguh pemandangan pokok ini dikala musim bunga sedang berlangsung. Walaupun bunga ini cepat berkembang, bunganya mudah gugur.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my