Maafkan ibu dan ayah ya Adilah.
Pagi tadi, kami dikejutkan semua udang di dalam bekas akhirnya mati. Huhu
Rupa-rupanya, bateri untuk oksigen habis. Kecewa sungguh hati si dia mengenangkan persiapan untuk Adilah ke sekolah esok tidak berjaya.
Si dia juga risau jika Adilah membuat keputusan untuk tidak mahu ke sekolah.
"Boleh ya Adilah, bawa udang dah mati? Ayah letakkan dalam bekas lain."
Adilah menganggukkan kepala sambil tersenyum manis.
"Boleh ayah."
Sudahnya, bila teacher berkongsi gambar, udang Adilah yang paling kecil jika nak dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain.
Bertabahlah ya anak. Ibu memang tidak mampu hendak menahan gelak.
No comments:
Post a Comment