Hari ini Kak Ida nak berkongsi "port" menarik untuk mengambil gambar.
Sebenarnya, perancangan yang tidak dirancang itu yang menjadi. Tanya, terus on. Since Kak Ida dah tengok dua tiga orang sahabat Kak Ida sudah berkongsi cerita di Facebook, keterujaan itu bertambah-tambah.
Seawal jam 6.25 pagi, Kak Ida sudah terbangun. Berkira-kira hendak memakai baju apa sebenarnya. Well said, kadang-kadang, kita agak complicated. Hahaha
Akhirnya, Kak Ida mengambil keputusan untuk memakai skirt dan dipadankan dengan baju warna hitam. Biar nampak kurus. Gituw...
Jam 6.45 pagi, Kak Zulhaya sudah menjemput Kak Ida di rumah. Mujur sempat menikmati secawan nestlo sebelum keluar.
Perjalanan ke sana mengambil masa 40 minit. Trafik lancar. Kami berkumpul di Masjid Muttaqin, Sungai Tiram sebelum bergerak bersama-sama ke Grand Canyon, Malaysia.
Grand Canyon Malaysia ini terletak di Sungai Tiram, Johor. Agak "tercari-cari" juga tempat ini sebenarnya. Alhamdulillah, kami jumpa juga akhirnya.
Tiba di sini, cuaca agak terik. Kami membuat keputusan untuk bergambar di tepi lombong terlebih dahulu bagi mengelakkan cuaca semakin panas.
Kawasan yang berpasir. Jadi, pastikan kasut yang bersesuaian ya. Kalau tidak, kita memang akan mudah terjatuh kerana tergelincir.
Behind the scene. Hihi
Macam nenek kebayan hilang penyapu pula. Hehehe...
Terasa kurus di celah-celah batu.
Ok, ini dulu gambar yang boleh dikongsi.
Insya Allah, jumpa lagi next entry. Tata.
No comments:
Post a Comment