Thursday, December 10, 2020

Grand Canyon Malaysia

Assalammualaikum semua.

Hari ini Kak Ida nak berkongsi "port" menarik untuk mengambil gambar. 

Sebenarnya, perancangan yang tidak dirancang itu yang menjadi. Tanya, terus on. Since Kak Ida dah tengok dua tiga orang sahabat Kak Ida sudah berkongsi cerita di Facebook, keterujaan itu bertambah-tambah. 

Seawal jam 6.25 pagi, Kak Ida sudah terbangun. Berkira-kira hendak memakai baju apa sebenarnya. Well said, kadang-kadang, kita agak complicated. Hahaha

Akhirnya, Kak Ida mengambil keputusan untuk memakai skirt dan dipadankan dengan baju warna hitam. Biar nampak kurus. Gituw...

Jam 6.45 pagi, Kak Zulhaya sudah menjemput Kak Ida di rumah. Mujur sempat menikmati secawan nestlo sebelum keluar. 

Perjalanan ke sana mengambil masa 40 minit. Trafik lancar. Kami berkumpul di Masjid Muttaqin, Sungai Tiram sebelum bergerak bersama-sama ke Grand Canyon, Malaysia.

Grand Canyon Malaysia ini terletak di Sungai Tiram, Johor. Agak "tercari-cari" juga tempat ini sebenarnya. Alhamdulillah, kami jumpa juga akhirnya.

Tiba di sini, cuaca agak terik. Kami membuat keputusan untuk bergambar di tepi lombong terlebih dahulu bagi mengelakkan cuaca semakin panas.

Kawasan yang berpasir. Jadi, pastikan kasut yang bersesuaian ya. Kalau tidak, kita memang akan mudah terjatuh kerana tergelincir.


Behind the scene. Hihi



Macam nenek kebayan hilang penyapu pula. Hehehe...



Terasa kurus di celah-celah batu.









Ok, ini dulu gambar yang boleh dikongsi. 

Insya Allah, jumpa lagi next entry. Tata.



Friday, December 4, 2020

Short vacay di GBW Hotel

 Short vacay sempena birthday si dia. Since PKPB di Johor, kami tidak kemana-mana. Tepu sangat Kak Ida dibuatnya.

Kebetulan Grand Bluewave ada buat promosi, Kak Ida tidak melepaskan peluang untuk grab.

Kak Ida sampai di hotel hampir jam 3.30 petang. Terus ke lobi hotel untuk check-in. Kak Ida memilih executive suite untuk keselesaan anak-anak. Perlu tambah RM 40 sahaja lagi. 

Memang luas dan selesa.

Ada dapur, ruang makan, ruang tamu terpisah dengan bilik.

Kak Ida juga request untuk bath tub.

Alhamdulillah, swimming pool hotel juga ada dibuka. Cuma, ia terhad kepada 15 orang dalam satu-satu masa lebih kurang satu jam dalam musim pandemik ini. 

Jom, tengok bilik hotel disini.






Luas juga jakuzi untuk anak-anak mandi. 

Selamat hari jadi abang. 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my