Setiap tahun, antara program yang Kak Ida nanti-nantikan adalah Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.
Setakat ini, jarang sekali Kak Ida lepaskan peluang ke sini. Banyak aktiviti dan sekali-sekala dapat bersosial bersama teman-teman di jabatan atau di daerah lain.
Setakat ini, jarang sekali Kak Ida lepaskan peluang ke sini. Banyak aktiviti dan sekali-sekala dapat bersosial bersama teman-teman di jabatan atau di daerah lain.
Sudah kali ke-27 Mesyuarat Agung ini diadakan. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Sebelum kita masuk untuk mendaftar, kita perlu check suhu badan. Ada staf nurse menanti di depan pintu masuk Kompleks Islam. Maklumlah, virus Convid-19 kali ini bukan kaleng-kaleng.
Kemudian, daftarkan diri di kaunter pendaftaran dan ambil senarai pencalonan bagi memangkah calon-calon Ahli Jawatankuasa PUSPANITA 2020/2021.
No cabutan bertuah Kak Ida. Nombor 4 dan 5 tidak dapat dipisahkan. Hihihi
Ya kawan-kawan, kita check-in dulu. Kali ini seramai 8 orang pewakilan dari JUPEM Johor di hantar ke Mesyuarat Agung.
No comments:
Post a Comment