Thursday, November 7, 2019

Hari Kedua kami di Lexis Hibiscus

Selamat pagi dari Lexis Hibiscus. Hari kedua kami disini. 

Pagi ini, kami berdua bersarapan pagi di Roselle tanpa anak-anak. Anak-anak beri peluang pada ibu untuk berdating berdua. Hahaha...



Banyak menu di Roselle. Paling best adalah nasi lemak daun pisangnya. Selepas bersarapan, si dia pulang ke villa manakala Kak Ida ingin habiskan masa di Hibiscus Walk bersama Intan.






Pemandangan villa dari Hibiscus Walk.



Petang, Kak Ida habiskan masa di pantai. Kak Ida bercadang ingin bermain jet ski dengan si dia. 




Kemudian, Kak Ida bersambung dengan Intan untuk bermain boat. 



Lewat petang, kami menghabiskan masa bersama keluarga. Si dia memilih aktiviti berbasikal untuk menikmati pemandangan di Lexis Hibiscus. Kami menyewa basikal ini dengan harga RM 50.00. 



Selepas berbasikal, si dia mengajak anak-anak bermain di pantai. Bermain pasir dan menikmati pemandangan matahari terbenam dengan anak-anak.














Alhamdulillah, hari kedua kami yang penuh dengan aktiviti. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...